:)


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah semalam sempat diadakan usrah bersama-sama sahabat-sahabat dan adik-adikku sayang. Cuti yang panjang dengan program yang perlu dihadiri membataskan diri ini untuk bersua muka dengan wajah-wajah yang dirindui. Wajah-wajah yang sememangnya dahagakan ilmu dan tazkiyatun nafs. Aku sayang mereka. KeranaNya insyaAllah. Hebatnya tautan ukhwah yang dijalinkan keranaNya. Baru sahaja terjalin tapi cukup beerti. Bertemu tak jemu. Berpisah tidak gelisah hendaknya.

Mendengar setiap seorang meluahkan perasan dan kekesalan akan pengalaman lalu yang telah dilalui. Masing-masing merasakan betapa beertinya dan bermaknanya dicampak ke bumi UK. Bukan sebab datang oversea then boleh ceritakan kat orang. Bukan sebab di sini ada salji, Malaysia tidak. Tetapi lebih daripada itu. Keizzahan Islam dalam diri lebih dirasai di sini. Rasa nak memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dan menyumbang kepada Islam dan ummat. Allahu Akbar! Bertambah sayang pada mereka semua.

Suka aku ingatkan diri dan sahabat-sahabat. Fikiran kena selalu positif. Kesalahan lalu adalah peringatan hari esok. Bukan hanya untuk diri sendiri malahan juga untuk sahabat-sahabat yang lain. Jangan pandang pengalaman lalu sebagai sesuatu yang menyakitkan atau buruk. Ia sebenarnya satu wasilah yang boleh digunakan untuk motivate orang lain yang setiap manusia ni ada hak dan patut diberikan peluang untuk berubah. Dan seseorang itu tidak dilihat bagaimana dia bermula, tetapi bagaimana pengakhiran hidupnya.

Semalam ada seorang sahabat bertanya, "Tak penatkah farahin sebab asyik kena dengar masalah kami?. Farahin pulak yang tak pernah cerita masalah Farahin kat kami. Rasa bersalah. Asyik farahin saja yang memberi. Kami tak memberi pun".

Ya, aku mengaku. Aku ni memang jenis yang tidak menceritakan masalah diri kepada orang lain. Bukan sebab malu. Jauh sekali sebab tidak percaya. Tetapi itulah diriku. Kalau buat ujian personaliti MBTI pun, aku ni jenis INFP. Kononnya seorang 'healer'. Meletakkan kepentingan orang lain lebih daripada kepentingan diri sendiri. Ces, bajet pulak. Hehe. Tapi orang INFP ni suka jugak pendam perasaan.

Sahabat-sahabat...adik-adik..

Ceritalah kalau ada masalah. Walaupun masalah itu masalah yang sama yang kerap berulang. Walaupun masalah itu masalah yang keseratus kali dituturkan. Walaupun masalah itu masalah yang diulang-ulang sejak kita kat maktab lagi. InsyaAllah, farahin akan belajar untuk tidak penat. Telinga ini bukan hak farahin pun. Telinga ini juga milik ummah. Apalah sangat nak dibandingkan dengan apa yang Farahin buat ni dengan apa yang Rasulullah SAW telah lakukan. Baginda kekasih Allah SWT. Baginda SAW pemimpin ummat. Setiap hari, setiap masa ada sahaja orang datang berjumpa. Mengadu akan permasalahan dan kesedihan. Bercerita tentang kegembiraan. Dari sekecil-kecilnya hingga isu yang besar. Tapi baginda tidak pernah mengadu kepenatan. Malah still memberi sehingga di saat-saat pengakhiran hidup baginda bila mana baginda mendoakan agar baginda dapat menanggung semua azab sakaratulmaut yang bakal ditanggung oleh ummatnya setelah merasakan betapa azabnya semasa sakaratulmaut. Rindunya terasa. T_T

Tanggal 12 Rabiulawal, hari Isnin, tahun ke-11 hijrah...

Sejahteralah jasad Baginda

setelah melalui hari-harinya yang memenatkan serta meletihkan disebabkan kita...

Sejahteralah jasad Baginda

dapat berehat setelah perutnya yang diikat dengan batu kerana kelaparan disebabkan kita...

Sejahteralah jasad

yang pernah dilemparkan dengan batu sehingga melukakannya disebabkan kita...

Sejahteralah jasad

yang pernah dipatahkan gerahamnya disebabkan kita...

Sejahteralah jasad

yang pernah dilukakan dahinya dan mengalirlah darahnya lalu Baginda menahannya dengan tangannya untuk menjaga darah yang bersih itu dari terjatuh ke tanah sebagai rahmat bagi mereka dan kita dari kemurkaan ALLAH...

Sejahteralah jasad

yang pernah dimasuki sesuatu ke dalam daging pipinya disebabkan kita....

Sejahteralah jasad

yang mana kakinya bengkak disebabkan pengabdiannya pada ALLAH serta da`wah untuk kita...

Sejahteralah jasad

yang memikul kesukaran,keletihan, kesakitan dan kelaparan disebabkan kita....

Apa pula yang kita dah lakukan untuk membalas jasa Baginda? Tepuk dada, tanya iman anda..


Sahabat-sahabat..adik-adik...

Korang pun jangan penat tau nak cerita. Farahin nak berada di sisi korang semua kalau korang ada masalah. Korang sebenarnya yang telah banyak memberi kepada farahin. Dengan apa? Dengan menghadirkan peluang kepada Farahin untuk memberi kata-kata semangat, teguran ketika diperlukan. Cuba bayangkan, kalaulah sahabat-sahabat ni tak bercerita, tentu tiada peluang untuk farahin memberi. Jom kita sama-sama memberi. Masih ingatkah kita akan 'Butterfly Effect' yang diperkenalkan semasa FUIYO? Kita sama-sama nak buat amalan banyak-banyak kan? Nak share satu hadis:

"Khabarkan kepada mereka, sesungguhnya syurga adalah tanah yang subur, airnya jernih lagi nyaman. Ia kosong dan lapang. Tanamannya ialah: Subhanallah, walhamdulillah, walailahaillallah, Allahu Akbar." (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Sesungguhnya, seperti yang dikatakan dalam hadis di atas, syurga itu dikhabarkan hanyalah tanah yang lapang. Kosong. Amalan kitalah yang akan menghias tempat tinggal kita kelak. Tentu kita tak nak kita hanya ada sebatang pokok manakala orang sebelah kita siap dah ada mahligai kat syurga kan? Jom tingkatkan amalan dan design tempat tinggal di syurga yang kita idamkan, insyaAllah. InsyaAllah selagi mana nyawa di kandung badan, peluang masih terbuka.

~Terima kasih Allah, kerana menghadirkan sahabat-sahabat yang yang sangat tabah, kuat, selalu menangis tetapi kemudian bangun semula dengan semangat yang baru. Aku banyak belajar daripada mereka. Belajar erti berlapang dada dalam menerima teguran dan pendapat. Erti pergantungan sebenar-benarNya dan keyakinan kepada Allah SWT.~

Salam perjuangan keranaNya :)