Showing posts with label cetusan rasa. Show all posts
Showing posts with label cetusan rasa. Show all posts

Andalusia :)


Assalamualaikum dan salam satu ummah ^^! Sudah lama blog tidak berbunyi..pengabaian amatlah dikesali T_T. InsyaAllah lagi 4 hari saya akan ke Andalusia aka Spain. Mohon doa sahabat-sahabat semua. Salam maal hijrah..puisi di bawah saya buat khas untuk semua. :)


Andalusia, Sepanyol, Espana,

Biarlah dengan nama apa pun ia,

ia masih di sana,

kala meniti di usia senja,

masih bisa tersenyum menyapa,

melihat kelibat anak kecil,

si tua mahupun anak muda,

yang datang dari pelusuk dunia,

menerobos sempadan

demi kenyataan

sebuah peristiwa,

benarkah seperti yang dikata,

ia pernah menjadi kota kegemilangan agama kita?

Kota yang menyimpan 1001 cerita,

kisah suka-duka, simpanan amanat, dendam kesumat.

~alhambra. cordova. alcazaba. la giralda. gibraltar~

masing-masing punya sejarah tersendiri,

mengajar pada yang sudi mempelajari,

memahami dengan mata hati,

mengambil erti,

tamadun manusiawi

bisa jatuh tanpa disedari

andai ukhrawi mula dilupai...


~illal liqa~

::Kenapa korang ni asyik bertujuh ye?::



assalamualaikum semua..

dah lama nak tulis entry ni. tapi tak dapat nak cari masa yang sesuai. dan saya harap sangat entry ni tak menyinggung sesiapa. just wanna clarify certain things. and thanks for those who are really concerned about us, "Geng Bertujuh" tu..its not us who claim such thing. others are the better observer maybe.


Kenapa korang ni asyik bertujuh je? Korang tak boleh pisah ea?

Korang ni tak bercampur dengan TESL lain ke? Asyik dalam group korang je...

How about the locals? Why dont youll mingle around? especially with them?


kami bermula dengan baik pada awalnya. setelah sampai kat sini, kami diberitahu akan ada Freshers Camp. So, saya menjadi orang tengah. bertanya kawan-kawan siapa yang berminat nak ikut. Last-last kitaorang "BERTUJUH" jugak + anuar + afiq yang nak pergi. im sorry if the news was not really being spread out. i thought i have done my job. i couldnt force others if theyre not going. saya paham. masa tu saya dan kawan-kawan yang lain pon baru sampai kan. then nak set up semua benda. kat FC kami dapat kenal kawan-kawan dan akak-akak dari uni lain. dan kebanyakannya buat A Levels kat KYUEM. masa tu saya sangat seronok. sekurang-kurangnya, kami TESL takkan dicop lagi sebagai group yang tak bercampur dengan yang lain. (kami dah lali dengan pelbagai gelaran di maktab) . bagi saya, dengan hadirnya kami semua di apa-apa program dapat represent TESL as a whole.

masa tu tak dengaq apa-apa lagi pasal kitaorang yang dikatakan terlalu assobiah. then bulan 11 camtu, keluar iklan PUISI. sekali lagi saya jadi orang tengah. niat di hati sekadar nak tolong. bukan nak dapat nama. tak terfikir langsung camtu. kalau ada terdetik tanpa saya sedar, saya pohon ampun sangat-sangat pada Allah SWT. Saya pon tolong hebohkan kat kawan-kawan yang lain. tag kat FB. ajak diorang and terangkan kat diorang yang sambil berjalan, kita boleh dengar pengisian. last-last yang pergi tetap kitaorang "BERTUJUH" jugak + Kayla. so, tak pa. sekurang-kuranya kitaorang dah berusaha nak ajak. bersangka baik dengan kawan-kawan yang lain. mungkin diorang ada rancangan lain. we cant force people, rite?

then, untuk Term 2 banyak lagi program. contohnya pertandingan nasyid, NISE kat Leeds. kebanyakan TESL muslimat terlibat dalam pertandingan ni. daripada kitaorang "Geng BERTUJUH" (Seperti yang dicop orang T_T), Arah sahaja yang masuk bertanding. Kitaorang yang lain bertindak sebagai penyokong except Aireen (dia tak pergi masa ni). sehari sebelum tu kitaorang sibuk siapkan banner. rasa semangat ni. kawan-kawan TESL lain pon masuk. seronok. sekurang-kurangnya, kitaorang bukan lagi Geng Bertujuh. kitaorang merge jadi group yang besar. walaupun ada ja muslimat TESL yang tak pergi (tiket agak mahal waktu tu), kitaorang tak kesah pon untuk pergi. sebab nk bagi sokongan kat kawan-kawan dan nak jumpa kawan-kawan dari uni lain. then, kat Leeds kitaorang tidor rumah Kak Fariha (first time kenai). dapat jumpa Kak Ain, Kak Saidah, Kak Husna yang dulunya dah jumpa waktu kat FC. Masa tu rasa seronok sangat.

then Mnite pon muncul. masa awal-awal dulu, Su dengan Arah ada bagi nama jugak untuk dikir barat tapi last-last tarik diri. (Sebabnya? biarlah kami ja yang tau). kebetulan kitaorang tak involve langsung dengan Mnite ni. dah dapat rasa aura yang kitaorang ni kununnya tak nak involve langsung dgn program camni. di pihak saya sendiri, saya ada prinsip. kalau program tu terang-terang tak kena dengan prinsip saya, saya takkan involvekan diri. Maaf. tapi kitaorang still beli tiket untuk pergi tengok. bukan maksud kitaorang menyokong. (ada sesetengah, terus tak datang. tapi yang tu orang lain tak nampak. kalau kitaorang tak datang, semua pasti bercakap. jahat sangatkah kitaorang ni?) bayangkan, esoknya ada NEXT. malam tu jugak selepas Mnite, kitaorang terus pi Pool Meadow. Bas dalam pukul 1 pagi. kalau nak ikut boleh ja nak amik bas awal. tapi memandangkan kedatangan kami ke Mnite "sangat-sangat diconcern oleh orang lain", so kami sengaja amik tiket lambat. Maaf kalau saya agak mengungkit di situ. tapi tolonglah. apa lagi yang patut kami buat untuk puaskan hati semua orang?

then untuk NEXT pulak, sekali lagi seminggu sebelum tu, kitaorang surveykan tiket bas untuk kawan-kawan yang lain kot-kot berminat nak ikut pergi sana sebab kitaorang memang nak pergi Sheffield. Rindu sangat kat Kak Eicha, Qilot dan yang lain. last-last macam biasa, kitaorang berenam lagi yang muncul kat situ (Arah tak pergi masa ni). lagipon saya faham. malam sebelum tu kan Mnite. mesti semua dah penat. habis pulak dalam pukul 11 malam. saya tak kesah. sekurang-kurangnya oarang takkan kata TESL tak nak involve langsung. perginya saya bukan atas nama saya. kalau boleh macam saya cakapkan tadi, nak represent TESL as a whole dan adakah kalau orang lain tak nak pergi, so kitaorang pon kena amik keputusan untuk tak pergi?

berbalik pada isu Mnite tadi, untuk repay balik ketidakterlibatan kitaorang dengan aktiviti anjuran MSA, kitaorang involve dengan Warwick Games. kitaorang amik position yang memerlukan kitaorang sehari suntuk untuk tunggu kat situ iaitu dengan menjadi AJK Makanan. Penat jangan ditanya. kalau orang lain sedang bergembira di luar berjumpa sahabat-sahabat dari uni lain dan sebuk form their own group dari kolej persediaan yang sama, kitaorang tunggu dalam bangunan tu. serve food for people. tapi tak kesah. sebab nak menyumbang jugak untuk MSA. tak nak jadi fitnah untuk Islam sendiri kununnya orang ISOC ni selalu join ceramah-ceramah ja. kita nak buktikan kita tak sekular.

selain itu, saya nak jelaskan kat sini. kitaorang TESL ada 46 orang. so memang datang in a group. kalau kitaorang dipisah-pisahkan uni, mesti orang takkan cop kitaorang assobiah kan? saya tahu, kolej lain dihantar ke pelbagai uni dan korang memang mix dengan local. tapi saya nak tanya, kalau dalam sesuatu program, tetiba korang jumpa balik kawan-kawan dari kolej persediaan korang, korang mesti cam excited dan akan form a group kan? masa tu banyak benda nak sembang kan? itu yang saya observe masa saya pergi ke Notts Games. saya malas bercakap panjang. kesimpulannya, memang banyak puak saya tengok kat Notts Games hari tu.

pastu, banyak lagi program lain bersama TESL lain, kitaorang dikatakan tak join. Orang menilai dari gambar-gambar di FB. kitaorang dah janji sesama kitorang kalau boleh, jangan letakkan gmbr. kalau nak letak pon, kena customize. so certain people je boleh tengok. even kalau orang tag pon, saya akan remove tag. bukan nak kata saya ni alim ke apa. its just due to my privacy. so, tak banyak pon gambar kitaorang dengan budak TESL lain kat FB.

talk kat Uni pon boleh jadi isu. kononnya asyik nampak muka kitaorang je. Mana budak TESL lain? apa yang saya boleh jawab? saya speechless. soalan yang sama akan ditanya kalau pergi ke mana sahaja. alhmdulillah, Allah SWT mudahkan cuti easter hari tu untuk kitaorang bawa talk yang sepatutnya buat kat Uni ke Liberty Park. tinggi sangat harapan waktu tu untuk kawan-kawan TESL lain datang sekali. tak kesah pon kalau setiap kali talk, kitaorang yang kununnya BERTUJUH ni yang akan masak. sebab semangat nak ajak kawan-kawan lain datang dengar. penat seakan hilang bila nampak kawan-kawan lain turun join sekali. tak dak la nampak kami BERTUJUH sahaja.

then pasal tak mix dengan kawan-kawan dari kolej persediaan lain. saya puji usaha kak Alia untuk buat aktiviti muslimat sama-sama memandangkan kitaorang tak dok dalam kumpulan usrah yang sama. kitaorang involve dengan rounders, tengok movie dan sleepover. dari kelas terus ke rumah Kak Alia sebab takut bila dah balik accomodation, penat dan tertidur. best malam tu. dapat sembang ngan Iqa, Sarah, Pau, Mimi, Hana, JLO. kitaorang bukan tak ajak kawan-kawan lain. dah tag. dah cakap mulut. tah berapa anouncement saya buat kat FB. sampaikan ada yang cakap saya ni jenis tak segan langsung kat FB. perkataan-perkataan yang digunakan agak sengal.(saya tak macam kat IPOH dulu). saya perlu mengikut arus mad'u selagi tak bertentangan dengan syara'. takut kalau serius sangat, orang tak nak join. tapi last-last, macam biasa. kitaorang lagi. tapi tak pa. bersangka baik dengan kawan-kawan. diorang penat. baru habis kelas pulak. biarlah kami hadir selain untuk eratkan silaturrahim, tak nak TESL dicop lagi.

saya kalau boleh tak nak ungkit apa-apa yang kami dah buat. tapi perlunya clarification di sini kerana saya tak nak kisah kami "BERTUJUH" ni membuka peluang kepada syaitan untuk melaga-lagakan kita semua. saya tak nak kisah kami "BERTUJUH" ni menzalimi orang-orang yang terpaksa membuat assumption macam-macam terhadap kami. saya tak pernah salahkan diorang. tu mksudnya, kitaorang ni disayangilah kan? harapnya. Untuk next year, jangan risau. kitaorang tak duduk sekali. so dah jadi berempat dan bertiga. Moga sekurang-kurangnya dapat reducekan sikit la kisah kami "BERTUJUH" ni.

maaf sangat-sangat...ni la first time saya rasa diri saya sangat emo. saya ni jenis pendam. tapi saya dah tak boleh tahan. entry ni pon ditulis bertemankan air mata. saya sedeh. Astaqfirullah...Allah....ampunkan saya. ampunkan saya. ampunkan saya. mungkin ini juga teguran daripada Allah SWT untuk saya rapatkan lagi hubungan sesama manusia (Hablumminannas). terima kasih kepada yang menegur.

wallahualam.

~MeNtAL aNd PhYsIcAL disOrDeRs~



assalamualaikum....alhamdulillah, segala p
uji bagi Allah S.W.T yang masih meneguhkan hati ini untuk berada di jalanNya, mengurniakan nikmat terbesar, iman dan Islam... selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W beserta para sahabat yang telah berjuang fisabilillah sehingga Islam yang kita cintai mengharum di seluruh dunia serta tidak lupa buat semua pejuang agama ALLAH di mana sahaja berada. semoga berada dalam keredhaan Allah S.W.T.

hmm...'sedey', 'sad', 'hazan': those words keep distracting my mind...again n again..huhu..i miss my family very much..my mom..hoho..the weather?? hmm, its getting colder now. Ive got sore throat, sometimes flu, huhu. "kifarah dosa"..but stil, i need to be strong, mom said so, my frens as well..don't give up! if those illnesses are not test from Allah, maybe i ll end up putting the blame on the destiny..nauzubillah, if it is not a "kifarah dosa", then maybe i cant be patient anymore..., "dakwah" is not for the people who are 'pampered', 'easy giving up just because of small things'. wake up, farahin!!! ..

Dari Abdullah bin Mas'ud r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)."





Subhanallah..the scenery outside the prayer hall (the first week i arrived)





the same tree...but lets take a look at the leaves. its getting lesser as the season starts to change

looking at both photos makes me realize that time is keep going...of course, it will not wait for me. its almost 3 months here. hmm, the holiday for term 1 is already started. next year, im gonna continue for the second term. besides, im twenty now. this year is quite different for me as i have celebrated my birthday n eid mubarak wif my friends. no any family members around..quite sad but i just bear in mind! my journey as a student here is also will be counted as a 'jihad' as well, insyaAllah..time changes..the age increases..huhu...amalan???

p/s: sorry..memang malaih sangat nak menulih skrang..ya Allah berilah kekuatan!!


Ke MaNa HiLaNgNyA TuAn PuNyA bLoG? ***bahagian 1***



Assalamualaikum...

alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T yang masih meneguhkan hati ini untuk berada di jalanNya, mengurniakan nikmat terbesar, iman dan Islam... selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W beserta para sahabat yang telah berjuang fisabilillah sehingga Islam yang kita cintai mengharum di seluruh dunia serta tidak lupa buat semua pejuang agama ALLAH di mana sahaja berada. semoga berada dalam keredhaan Allah S.W.T.

***berhabuk***bersawang***berdaki***

(simptom2 yang dihadapi oleh pesakit bernama blog apabila tidak di"update" oleh tuannya kerana tuannya itu terlalulah sibuk keadaannya (alasan yang boleh diterima pakai oleh tuan punya blog sendiri je..)

***Alhamdulillah, akhirnya kesempatan ini pun sampai***

saya nak buka entry kali ini dengan apa yang telah terjadi kepada saya selama menghilangkan diri dari laman blog ni...(dah dekat sebulan 10 hari neh)...adakah saya telah diculik?sakit?tangan 'cramp' sampai x buleh menaip? (alasan yang 'x ada logika'), lupa password blog ke?

kalau macam ni sakitnya, memang boleh diterima akal...

ok,ok...x payah jawab (walaupun saya tahu anda sumer bukan sahaja x nak jawab, x nak fikir pun)...in simple words, lu pikir la sendiri!

al kisah bermula setelah cuti saya bermula...

sebenarnya, i try hardly to make my almost 4 months break ni valuable. so, perancangan awal kononnya nak spend time puas-puas dengan family... tapi memandangkan kadar pembelian beras dan tarif elektrik semakin tinggi dengan kehadiran saya di rumah, (x termasuk lagi duit topup yang di'pow' dari mak), jadi saya pun mengambil keputusan untuk mencari kerja sambilan untuk menampung kos hidup yang serba mencabar ni... tambahan lagi, banyak lagi urusan yang perlu dilakukan eg:medical check up, visa application, tambang perjalanan naik turun KL and of course all the things kena guna fulus sendiri dulu sebelum di'claim' dengan jayanya, hopefully. Rasa malu nak menyusahkan famili...adik-adik pun sekolah lagi (syahdu seketika...isk...isk).

Then, bermulalah kisah penghantaran surat ke Pejabat Pendidikan Daerah untuk memohon guru sandaran atau istilah paling senang kat kampung saya, 'chekgu ganti untuk chekgu yang bersalin'. Sementara menunggu tawaran, saya pun pi 'survey' kat school2 yang berdekatan dengan rumah, kut2 ada tempat kosong. buku Yellow Pages dah hampir 'lunyai' saya selak. nak telefon sekolah punya pasal. apa salahnya, ikhtiar dulu. hmm... kebanyakannya memang ada tapi dah ada orang yang nak ganti. tambah sadis, orang yang nak ganti tu terdiri daripada skuad pelapis saudara mara guru besar skul tu sendiri. ingatkan projek besar2 ja bagi kat kroni, rupanya nak jadi cikgu ganti pun kena ada kabel. inilah realiti yang dihadapi oleh kita di alam pekerjaan pada hari ni.

tapi sedar x sedar, kita sering lupa pada 'kabel' Yang Satu ni iaitu Allah S.W.T. Kenapa perlu mengharap pada makhluk yang lemah sedang kan Yang Di Atas sering mendengar keluhan dan rintihan kita? Setiap hamba perlu memiliki sifat 'iftiqar' iaitu berhajat hamba kepada Allah yang bersifat:

1.Kudrat
2. Iradat
3. Ilmu
4. Hayat
5. Wahdaniah

***setiap kali kita bernafas, kita berhajat kepada Hayat Allah***
***setiap kali berfikir, kita berhajat kepada Ilmu Allah***
***setiap kali kita bergerak, kita berharap kepada Kudrat Allah***

teringat juga kata-kata kakak saya, 'kita ni hamba ja dik. sentiasa berharap pada kudrat dan iradat Allah. jangan kata kita pasti buleh dapat. tapi kata insyaAllah kita buleh dapat dengan kudrat dan iradat Allah. kalau Allah dah takdirkan ada rezeki kali ini, adalah. Tawakkal bukanlah bermula selepas berusaha tetapi bermula ketika mula-mula kita membuka langkah untuk berusaha'.

then, minggu seterusnya saya pergi pula ke sek ren lama saya, SK Sungai Limau sebab dengar2 ada cikgu yang baru bersalin. ini antara sedutan perbualan saya dengan kerani yang telah lama berkhidmat sejak saya bersekolah kat sini lagi:

saya : assalamualaikum, kak ani.

kak ani : la ni farahin ka farhana? (soalan yang sama akan sering ditanya sebab saya ni kembaq). lama x jumpa. dok buat apa la ni?

saya : hehe. ni farahin la. farahin ngaji kat maktab la ni. ambik tesl. tapi la ni tengah cuti. sambung ijazah bulan 10 ni, insyaALLAH. tu yang mai nak tanya kut-kut ada chekgu bersalin ka, buleh la nak mai ganti.

kak ani : ooo, camtu. ada tu ada. Ustazah Taqhiyah. dia ajaq JQAF tapi dengaq kata guru besar dah ada orang dia. xpa, farahin tinggai dulu no telefon, nanti kak ani bagi kat guru besar. dia x dak ari ni.

saya : ok la kak ani... terima kasih na..

(sebenarnya panjang lagi perbualan ni tapi diringkaskan kerana.................suka hati saya la)

sesungguhnya pengalaman turun naik pejabat sekolah memberi gambaran betapa susahnya nak cari kerja sebenarnya tambah2 yang halal. biar susah asalkan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Pengalaman sebegini saya tak akan lupakan sampai bila-bila. setelah seminggu menunggu, panggilan tetap tidak kunjung tiba. akhirnya saya menebalkan muka untuk menelefon Guru Besar sendiri. Alhamdulillah, beliau menyambut baik permohonan saya. katanya, calon pilihan beliau (cam pilih menantu pulak) yang dulu tiba-tiba tak jadi nak ganti ustazah yang bersalin tu. jadi , saya buleh pi selesaikan urusan dengan PPD dulu then jumpa beliau kat sekolah. Benarlah firman Allah dalam Surah AL-Thalaq, ayat 2-3,

"...Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

Then proses seterusnya berjalan lancar. gaji saya dikira gaji sebagai lepasan spm. saya tidak kisah pasal tu. dapat ni pun dah besar rahmat dah. Guru besar bukan sahaja meminta saya mengganti Ustazah Taqhiyah untuk mengajar JQAF tapi telah menambah satu lagi mata pelajaran lain iaitu BI untuk diajar kepada murid tahun 3. saya beristigfar panjang. amanah ni. tak buleh dimungkiri. sebelah kaki dah ada dalam jurang neraka ni..

Alhamdulillah...Terima Kasih ya Allah atas nikmat ini. semoga Allah mudahkan saya. Saya nak buktikan, Islam tidak sekular. Tak semestinya amik TESL, x buleh ajar pendidikan agama dan al-Quran. Semuanya buleh dengan kudrat dan iradat Allah S.W.T. Saya tak nak sekadar hanya menjadi mualimah tetapi bertekad nak jadi mudarissah, muaddibah dan murobbiyah. insyaAllah, semuanya buleh dengan kudrat dan iradat Allah.

*******biiznillah, saya start ngajaq pada ari khamis, 9 Julai*******

p/s: nantikan next post, pengalaman hari pertama sebagai 'ustazah'.

HiS TeRiAk...


Assalamualaikum… hmmm... alkisah tersebutlah satu kejadian... n kejadian ini telah berlaku semalam...

Dear my blog….

tepat 12 t/malam.. malam ni dingin jer… dah x dengar suara-suara para pelatih… dah lena dibuai mimpi agaknya..Ana baru habis attend grup discussion kat bilik arah.. katilnya yang empuk dah membuai ana (x sedar bila tertido atas katil tuh tapi yang pasti tangan tetap erat dan kemas mengrab novel to kill a mockingbird, huhu) akibatnya, orang dah abih discussion pun ana x sedar (stado neh).. then ana trus blik ke bilik ana dalam keadaan melelong (ngantuk sangat)... sampai kat muka pintu, banyak la plak selipar-selipar yang tidak dikenali datang melawat...bukak je pintu, upernye ezi, najah and aa tengah berkampung kat bilik ana... dalam keadaan mamai (bahasa kedah), ana pun bertanya ape ke heinyer?? To my utter shock, rupenye kat blok asrama diorang ada pelatih yang kene kacau... kacau per??? Paham sendiri ek! and diorang pun pelik apsal la ana x dengar suara berteriak panjang kat luar tadi.. hmmm... And sekarang ustat zakaria n set-set Darul Syifa tengah ubatkan pelatih yang terkena tadi.. benda tu berjantina ‘lelaki’. Dah seminggu menumpang… So, malam ni, bacaan yasin and surah al-mulk diadakan sebagai pendinding and pagar.. Tringat plak ana pada kisah kat sekolah menengah dulu... slalu gak jadi perkara cam ni.. pastu kat dalam dorm tu, akan dibuat halaqah al-mulk and bacaan ayat kursi beramai-ramai.. dah lama x rasa suasana begini ..aaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!! tetiba, suara teriakan perempuan seakan-akan lelaki dari blok c kembali bergema memecah kesunyian malam...



jantung berdegup kencang....


ana beristigfar panjang... Mata ni dah x leh tutup dah. Perasaan mengantuk tadi dah ilang entah ke mana... tu yang mula kerja2 typist ni..


Tujuan ana nak share ngan sahabat2 sekalian ni becoz we need to realize that Allah Maha Berkuasa menciptakan semua makhluk and kita kena ingat yang bukan kita ja idup kat dunia ni... ada lagi makhuk len yang hidup bersama-sama kita... bila jadi perkara cam ni, semangat kita kena kuat, pergantungan kita kat Allah kena tinggi... benda tu pun makhuk Allah juga.. Allah ingin menguji kita sebagai umat Islam dengan kehadiran benda tu pada malam ni sama ada kita yakin betul2 x dengan pertolongan Allah... Siapa yang lebih ditakuti? Sang Pencipta atau makhluk yang dicipta? bila dalam keadaan cam ni, kita akan rasa lebih dekat ngan Allah.. ye r, kalau dah takut, movie2 and lagu yang x berjenis yang masih dimainkan di laptop akan trus dihentikan and diganti dengan bacaan al-Quran .. erm.. btulkan manusia ni memang mudah lupa, kena slalu diingatkan... tapi kita kena ingat yang setiap ujian yang Allah timpakan kat kita adalah tanda kasih sayangNya.. Allah rindu sangat suara-suara hambaNya yang merintih memohon pertolongan dariNya... orang terpilih je tau yang ble dapat ujian ni... Allah Maha Penyayang kat hamba-hambaNya... kita sebagai hamba cam na plak?? Tpuk dada, tanya iman...




aman......ah!


assalamualaikum semua...

long time no see,
long time no hear,
long time no me,
long time no write here...

dah cam pantun bi plak, lalala...

'alwajibat aksaru minnal auqat' la katakan...beberapa minggu ni, memang ana dah rasa cam YB dah...sibuk memanjang...dengan asimennya, presentation, forum, dah la final blan 5 ni, nak kejar syllabus lagik, PBS (Pelatih Belajar Sesuatu...ana rasa istilah ni lagik better, lalala)...

bukanlah tujuan ana untuk mengeluh tapi sekadar luahan tapi APA YANG PENTING kat sini nak habaq, itu tidak bermakna aktiviti2 surau dan gerak kerja Islam perlu ditinggalkan... Islam tidak sekular!


LOMPAT???

dalam mengejar akademik, ana berharap sangat yang ana takkan berpaling tadah @ lompat keluar (high level language...kononnya, dasat tuh!) dari biro agama dan kerohanian (insyaAllah) biarlah dua-dua seiring...

ana pun kadang2 rasa plik la, simptom orang lompat2 zaman sekarang ni. x lenguh ke??? hmm...x tahu la, kna tanya tuan empunya badan kut...lompat per? sendiri pikir, r! adus, ingatkan budak2 ja yang suka main lompat2 ni...lompat tikus, lompat getah, lompat jauh, lompat tinggi, lompat pagar asrama pun ble jadi gheja...

perkataan 'lompat' dah makin sensitif sekarang...tringat plak ana kepada seorang sahabat ana ni...punya la ketaq nak bentang perkara berbangkit semasa meeting lujnah, dia tersilap sebut nama lujnah...saudara pengerusi pun dalam nada berseloroh bertanya, "nak lompat lujnah ka?,". hai, macam-macam...

tapi berbalik kepada gerak kerja Islam di IPIP, satu benda ana kena sedar diri, ana ni hamba Allah ja kt muka bumi ni...x pyh nk mendabik dada. ana ada kat tempat ana sekarang sebagai KL dalam biro agama pun hasil pilihan sahabat2 (bley dikatakan demokrasi kut) yang juga semestinya diaturkan oleh Allah S.W.T...(semoga mata ini tidak dikaburi dengan jawatan, nauzubillah)

klu fikir logik, jika kita dah jadi pilihan sahabat-sahabat lain, takkan kita nak kecewakan mandat yang telah diberi? nak lompat keluar di kala khidmat kita benar2 ditagih untuk Islam? mereka pilih kita sebab mereka percayakan kita...


NAK LOMPAT JUGAK KA? AMANAH TU!!

amanah yang diberikan ni, Allah awal2 dah catat kat Luh Mahfuz...Allah sikit pun x rugi klu kita x willing nk bntu agm-Nya...

sibuk cm na pun, tanggungjawab yang diamanahkan mesti dilaksanakan selagi x bertentangan dengan syariat Allah...bagi fulus pon, ana takkan berenti!! -apsal tetiba masuk pasai duit ni???

doa yang patut diamalkan: Ya Allah, janganlah Engkau pesongkan ati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepda kami...aminn)

kerja-kerja dakwah untuk melahirkan biah solehah kat IPIP mesti diteruskan...wang bukanlah ukuran...

benda paling berat adalah amanah...tapi sayang, ramai yang lebih tamakkan reta benda, pangkat untuk tujuan keduniaan dan mengingkari amanah yang telah diberikan...semoga kita bukanlah dari golongan tersebut..aminn

p/s: ingkari amanah, amankah?