::MaLaM iTu::




assalamualaikum....alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T yang masih meneguhkan hati ini untuk berada di jalanNya, mengurniakan nikmat terbesar, iman dan Islam... selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W beserta para sahabat yang telah berjuang fisabilillah sehingga Islam yang kita cintai mengharum di seluruh dunia serta tidak lupa buat semua pejuang agama ALLAH di mana sahaja berada. semoga berada dalam keredhaan Allah S.W.T.

alhamdulillah..alhamdulillah...alhamdulillah..tiada kata yang setanding dengan pengucapan alhamdulillah kepada Allah S.W.T atas pengurniaanNya pada malam itu. saya puas malam itu. jiwa saya yang agak kosong sebelum ini kembali berbunga dan berisi. otak saya kembali ligat. Kuliah maghrib di Prayer Hall malam itu kembali menyuntik semangat saya untuk meneruskan perjuangan menegakkan Islam dalam likuan perjalanan yang masih panjang. memang berbaloi walaupun menunggu. penantian itu satu ujian...

prayer hall warwick aka taman syurga...insyaAllah

sebenarnya kelas saya dan sahabat TESL yang lain telah berakhir pada pkul 2 petang. oleh kerana hostel kami off campus dan agak jauh, so kami mengambil keputusan untuk stay back bagi menghadiri kuliah maghrib yang dijadualkan bermula pada pukul 7.30 malam. tambahan pula, dengar-dengar makanan disponsor oleh incik penceramah (terima kasih banyak2 Bro Jo). rezeki jangan ditolak:-).

kuliah malam itu disampaikan oleh seorang Malaysian, Bro Johari. beliau seorang pensyarah dan sedang menyambung pengajiannya di peringkat PhD di Warwick. beliau memulakan kuliah dengan cerita kehebatan pemuda Kahfi yang telah dinukilkan oleh Allah S.W.T dalam surah Al-Kahfi. mereka melarikan diri bukannya sebab tidak mempunyai duit atau fail periksa, tapi semata-mata untuk mengelakkan diri mereka daripada mensyirikkan Allah S.W.T. dan bertuhankan manusia. SubhanAllah! Akidah mereka sangat kuat walaupun menjadi golongan ghuraba' pada zaman tersebut, subhanAllah!

Rasulullah S.A.W ada bersabda yang bermaksud, "Islam tu datang dalam keadaan asing (dagang) dan akan kembali dalam keadaan asing (dagang). jadi beruntunglah orang yang asing (dagang)". atau spesifik lagi...GOLONGAN GHURABA.

*bait-bait lagu nasyid ni tetibe transit kat kotak pemikiran diriku ini*

di mana dicari pemuda Kahfi,
terasing demi kebenaran hakiki,
di mana jiwa pasukan Badar berani,
menoreh nama mulia perkasa abadi...


bro Jo juga mengulas tentang kepentingan pendidikan (tarbiyah) dalam usaha pembersihan akidah di mana perlunya kita kembali kepada al-Quran dan as-sunnah itu sendiri sebagai panduan hidup. Rasulullah S.A.W ada bersabda,"aku tinggalkan kamu dua perkara. nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagimana kamu berpegang teguh dengannya; al-Quran dan sunnah Rasulullah".

mengambil contoh dari sirah Rasulullah S.A.W, melalui sistem tarbiyahla, berlakunya perubahan besar ke atas kehidupan masyarakat jahiliyyah pada masa lalu daripada umat yang totally berada dalam kesesatan yang nyata (62:2) kerana dibarahi dengan virus kebodohan (39:64), kehinaan (95:4), kelemahan (4:28) dan perpecahan (3:103) kepada satu umat yang hebat dari segi sistem tarbiyahnya, siasah, ekonomi dan etc.

sinar Islam datang menyelamatkan umat pada waktu itu dan Rasulullah S.A.W sendiri yang mendapat tarbiyah secara langsung daripada Allah S.W.T sangat-sangat menekankan konsep tarbiyah ini ke arah mengajak umat mengesakan Allah dan menerima Islam sebagai cara hidup yang lengkap. proses pentarbiyahan ini dapat dibahagikan kepada tiga komponen penting iaitu:

1. At-tilawah (pembacaan 2:121) di mana wahyu (ayat-ayat cinta dari Allah) yang disampaikan kepada Rasulullah S.A.W disampaikan kepada seluruh umat.

2. At-tazkiyyah (mensucikan 91:7) berlakunya pembersihan jiwa dari perkara syirik dan seruan mengesakan Allah

3. At-ta'limulminhaj (mengajarkan pedoman 3:79) agar umat tidak lagi berada dalam kesesatan yang nyata dan beroleh panduan berpandukan al-Quran dan as-sunnah.

dari sinilah, lahirnya umat Islam yang menpunyai akidah yang mantap, berpengetahuan, dipandang mulia dan mempunyai sumber kekuatan ketenteraan yang hebat. umat hasil pendidikan (tarbiyah) yang berkesan inilah yang digariskan oleh Allah S.W.T dalam surah Ali Imran:110,

"""" Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah"

Ciri-ciri Muslim cemerlang yang digariskan dalam ayat di atas:
1. menyuruh kepada yang ma'ruf
2. mencegah dari yang mungkar
3. beriman kepada Allah S.W.T

Jadi, cukupkah dengan hanya sibuk beribadah untuk diri sendiri? atau hanya menyeru kepada yang ma'ruf dengan harapan yang mungkar akan tertanggal dengan sendiri? atau kita nak ketiga-tiga ciri di atas bagi memenuhi kriteria umat terbaik yang dijanjikan oleh Allah S.W.T? Tepuk dada, tanya iman anda!

Sekali lagi, alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah.. aku puas malam itu.....

p/s: rindu sangat dengan sahabat-sahabat seperjuangan di IPIP yang selalu bersama-sama menimba ilmu Allah di Balai Islam Al-Hidayah..uhibbukum lillah, insyaAllah...

wallahualam

::HIDUP MULIA, MATI SYAHID::

Perjalanan yang baru bermula....



assalamualaikum....alhamdulillah, segala p
uji bagi Allah S.W.T yang masih meneguhkan hati ini untuk berada di jalanNya, mengurniakan nikmat terbesar, iman dan Islam... selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W beserta para sahabat yang telah berjuang fisabilillah sehingga Islam yang kita cintai mengharum di seluruh dunia serta tidak lupa buat semua pejuang agama ALLAH di mana sahaja berada. semoga berada dalam keredhaan Allah S.W.T.

alhamdulillah... dah 5 hari saya bermusafir di United Kingdom bersama para sahabat yang lain.. untuk mencari keredhaan Allah, insyaAllah...nak belajaq ilmu Allah kerana kutubul ilmi faridhotan ala kulli muslim, nak amik balik ilmu2 yang para musuh Islam curi daripada kita suatu masa dulu...smoga Allah mudahkan...Rabbi yasir wa la tu'assir...insyaAllah.

sebelum ni saya pernah menghadiri kuliah Ustat Paharuddin di Balai Islam Al-Hidayah. (taman tarbiyahku and para sahabat) khas untuk pelatih Tesl yang akan ke warwick. (alhamdulillah dah sampai...so ni cerite dalam past tense tau).. kata ustat:

"Penganugerahan Allah pada orang yang menuntut ilmu adalah seperti berjihad..."

kemudian ustaz teruskan kuliah dengan menerangkan satu hadis Rasulullah S.A.W. yang lebih kurang bunyinya camni...malaikat akan ukur jarak perjalanan orang yang mati di suatu tempat kerana musafir untuk menuntut ilmu atau mencari rezki dan jarak itu adalah antara rumahnya dan tempat matinya. (kalau salah, minta betulkan...wallahualam).

subhanallah!!! besarnya ganjaran yang Allah kurniakan kepada golongan yang menuntut ilmu. semoga Allah berkati setiap langkah kita untuk menuntut ilmu tidak kira di mana sahaja kita berada, insyaAllah.

walaupun dah 5 hari kat sini, sebenarnya saya masih dalam keadaan homesick. tiap hari mesti nak tepon mak.. saya pakai line lebara. 5p perminute kalau nak buat international call. alhamdulillah agak murah. hmm.. skrang kdit dah xdak..insyaAllah lepas ni kena p topup (banyak la ko punyer dwet sang penulis woi...)


***gambar2 sekitar airport...sebelum bertolak***

ni gmbar kat airport...sayu plak rasa...rindu sangat kat mak ngan ayah, insan yang telah membesarkan saya sebagai amanah daripada Allah S.W.T


ni plak gambar satu keluarga..hmm..rindu


ni bukan surat hutang atau pajak gadai..nampak x logo kat atas surat ni?? surat x lakukan jenayah (kononnya), hmmm undang-undang buatan manusia


bersama sahabat2 tesl yang lain...


perjalanan ni baru sahaja bermula..banyak lagi yang perlu ditempuhi. hidup di negara yang umat Islam menjadi golongan minoriti dan islamphobia masih bersarang di hati non-muslim yang lain..

ya Allah. berkatilah perjalanan kami dalam menuntut ilmu, mudahkanlah urusan kami semua dan pandulah kami sumer ke arah jalan kebenaran...moga kita menemui sesuatu di sini...

wallahualam