Ke MaNa HiLaNgNyA TuAn PuNyA bLoG? ***bahagian 1***



Assalamualaikum...

alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T yang masih meneguhkan hati ini untuk berada di jalanNya, mengurniakan nikmat terbesar, iman dan Islam... selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W beserta para sahabat yang telah berjuang fisabilillah sehingga Islam yang kita cintai mengharum di seluruh dunia serta tidak lupa buat semua pejuang agama ALLAH di mana sahaja berada. semoga berada dalam keredhaan Allah S.W.T.

***berhabuk***bersawang***berdaki***

(simptom2 yang dihadapi oleh pesakit bernama blog apabila tidak di"update" oleh tuannya kerana tuannya itu terlalulah sibuk keadaannya (alasan yang boleh diterima pakai oleh tuan punya blog sendiri je..)

***Alhamdulillah, akhirnya kesempatan ini pun sampai***

saya nak buka entry kali ini dengan apa yang telah terjadi kepada saya selama menghilangkan diri dari laman blog ni...(dah dekat sebulan 10 hari neh)...adakah saya telah diculik?sakit?tangan 'cramp' sampai x buleh menaip? (alasan yang 'x ada logika'), lupa password blog ke?

kalau macam ni sakitnya, memang boleh diterima akal...

ok,ok...x payah jawab (walaupun saya tahu anda sumer bukan sahaja x nak jawab, x nak fikir pun)...in simple words, lu pikir la sendiri!

al kisah bermula setelah cuti saya bermula...

sebenarnya, i try hardly to make my almost 4 months break ni valuable. so, perancangan awal kononnya nak spend time puas-puas dengan family... tapi memandangkan kadar pembelian beras dan tarif elektrik semakin tinggi dengan kehadiran saya di rumah, (x termasuk lagi duit topup yang di'pow' dari mak), jadi saya pun mengambil keputusan untuk mencari kerja sambilan untuk menampung kos hidup yang serba mencabar ni... tambahan lagi, banyak lagi urusan yang perlu dilakukan eg:medical check up, visa application, tambang perjalanan naik turun KL and of course all the things kena guna fulus sendiri dulu sebelum di'claim' dengan jayanya, hopefully. Rasa malu nak menyusahkan famili...adik-adik pun sekolah lagi (syahdu seketika...isk...isk).

Then, bermulalah kisah penghantaran surat ke Pejabat Pendidikan Daerah untuk memohon guru sandaran atau istilah paling senang kat kampung saya, 'chekgu ganti untuk chekgu yang bersalin'. Sementara menunggu tawaran, saya pun pi 'survey' kat school2 yang berdekatan dengan rumah, kut2 ada tempat kosong. buku Yellow Pages dah hampir 'lunyai' saya selak. nak telefon sekolah punya pasal. apa salahnya, ikhtiar dulu. hmm... kebanyakannya memang ada tapi dah ada orang yang nak ganti. tambah sadis, orang yang nak ganti tu terdiri daripada skuad pelapis saudara mara guru besar skul tu sendiri. ingatkan projek besar2 ja bagi kat kroni, rupanya nak jadi cikgu ganti pun kena ada kabel. inilah realiti yang dihadapi oleh kita di alam pekerjaan pada hari ni.

tapi sedar x sedar, kita sering lupa pada 'kabel' Yang Satu ni iaitu Allah S.W.T. Kenapa perlu mengharap pada makhluk yang lemah sedang kan Yang Di Atas sering mendengar keluhan dan rintihan kita? Setiap hamba perlu memiliki sifat 'iftiqar' iaitu berhajat hamba kepada Allah yang bersifat:

1.Kudrat
2. Iradat
3. Ilmu
4. Hayat
5. Wahdaniah

***setiap kali kita bernafas, kita berhajat kepada Hayat Allah***
***setiap kali berfikir, kita berhajat kepada Ilmu Allah***
***setiap kali kita bergerak, kita berharap kepada Kudrat Allah***

teringat juga kata-kata kakak saya, 'kita ni hamba ja dik. sentiasa berharap pada kudrat dan iradat Allah. jangan kata kita pasti buleh dapat. tapi kata insyaAllah kita buleh dapat dengan kudrat dan iradat Allah. kalau Allah dah takdirkan ada rezeki kali ini, adalah. Tawakkal bukanlah bermula selepas berusaha tetapi bermula ketika mula-mula kita membuka langkah untuk berusaha'.

then, minggu seterusnya saya pergi pula ke sek ren lama saya, SK Sungai Limau sebab dengar2 ada cikgu yang baru bersalin. ini antara sedutan perbualan saya dengan kerani yang telah lama berkhidmat sejak saya bersekolah kat sini lagi:

saya : assalamualaikum, kak ani.

kak ani : la ni farahin ka farhana? (soalan yang sama akan sering ditanya sebab saya ni kembaq). lama x jumpa. dok buat apa la ni?

saya : hehe. ni farahin la. farahin ngaji kat maktab la ni. ambik tesl. tapi la ni tengah cuti. sambung ijazah bulan 10 ni, insyaALLAH. tu yang mai nak tanya kut-kut ada chekgu bersalin ka, buleh la nak mai ganti.

kak ani : ooo, camtu. ada tu ada. Ustazah Taqhiyah. dia ajaq JQAF tapi dengaq kata guru besar dah ada orang dia. xpa, farahin tinggai dulu no telefon, nanti kak ani bagi kat guru besar. dia x dak ari ni.

saya : ok la kak ani... terima kasih na..

(sebenarnya panjang lagi perbualan ni tapi diringkaskan kerana.................suka hati saya la)

sesungguhnya pengalaman turun naik pejabat sekolah memberi gambaran betapa susahnya nak cari kerja sebenarnya tambah2 yang halal. biar susah asalkan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Pengalaman sebegini saya tak akan lupakan sampai bila-bila. setelah seminggu menunggu, panggilan tetap tidak kunjung tiba. akhirnya saya menebalkan muka untuk menelefon Guru Besar sendiri. Alhamdulillah, beliau menyambut baik permohonan saya. katanya, calon pilihan beliau (cam pilih menantu pulak) yang dulu tiba-tiba tak jadi nak ganti ustazah yang bersalin tu. jadi , saya buleh pi selesaikan urusan dengan PPD dulu then jumpa beliau kat sekolah. Benarlah firman Allah dalam Surah AL-Thalaq, ayat 2-3,

"...Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

Then proses seterusnya berjalan lancar. gaji saya dikira gaji sebagai lepasan spm. saya tidak kisah pasal tu. dapat ni pun dah besar rahmat dah. Guru besar bukan sahaja meminta saya mengganti Ustazah Taqhiyah untuk mengajar JQAF tapi telah menambah satu lagi mata pelajaran lain iaitu BI untuk diajar kepada murid tahun 3. saya beristigfar panjang. amanah ni. tak buleh dimungkiri. sebelah kaki dah ada dalam jurang neraka ni..

Alhamdulillah...Terima Kasih ya Allah atas nikmat ini. semoga Allah mudahkan saya. Saya nak buktikan, Islam tidak sekular. Tak semestinya amik TESL, x buleh ajar pendidikan agama dan al-Quran. Semuanya buleh dengan kudrat dan iradat Allah S.W.T. Saya tak nak sekadar hanya menjadi mualimah tetapi bertekad nak jadi mudarissah, muaddibah dan murobbiyah. insyaAllah, semuanya buleh dengan kudrat dan iradat Allah.

*******biiznillah, saya start ngajaq pada ari khamis, 9 Julai*******

p/s: nantikan next post, pengalaman hari pertama sebagai 'ustazah'.