assalamualaikum....alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T yang masih meneguhkan hati ini untuk berada di jalanNya, mengurniakan nikmat terbesar, iman dan Islam... selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W beserta para sahabat yang telah berjuang fisabilillah sehingga Islam yang kita cintai mengharum di seluruh dunia serta tidak lupa buat semua pejuang agama ALLAH di mana sahaja berada. semoga berada dalam keredhaan Allah S.W.T
untuk kali ini, penulis ingin berkongsi cerita tentang salah satu kisah menarik di akhirat kelak mengenai golongan yang terawal diberi pahala oleh Allah semasa pengadilan nanti.
orang yang hilang penglihatannya (buta) tidak kira sama ada buta sejak dilahirkan atau buta kerana ditimpa musibah tetapi tetap bersabar, redha (setelah segala usaha untuk pulihkan mata tidak berjaya) dan tawakkal kepada Allah:
- Merupakan orang yang mula-mula menerima balasan pahala daripada Allah S.W.T di akhirat.
- Diberikan prioriti untuk menatap Allah S.W.T. Subhanallah!
- Dianugerahkan bendera dan diketuai oleh Nabi Syuib AS untuk masuk ke syurga serta ditemani para malaikat yang membawa mereka melalui Titian Sirat dengan sepantas kilat.
Mengapa?
- Mereka terpaksa melalui kehidupan yang sangat susah di dunia tetapi tetap bersabar dan redha akan ketentuan Allah S.W.T.
- Tidak dapat melihat segala ciptaan Allah di dunia
Penulis juga ingin membawakan contoh di kalangan para sahabat sendiri yang tidak menjadikan kekurangan diri sebagai satu asbab untuk tidak menyebarkan Islam iaitu kisah Abdullah ibn Umm Maktum, seorang sahabat Nabi yang buta matanya:
- Dia bersama Mus’ab Ibn Umair r.a meredah padang pasir menjadi golongan sahabat yang pertama berhijrah di Madinah (Bayangkan si buta dan si Muda Mus’ab diberikan tanggungjawab yg amat besar oleh Rasulullah saw) Pejam mata sejenak dan bayangkan seorang yang buta mengatur langkah hijrah yang pertama ini. Bayangkan juga Mus’ab yang memimpin musafir yang penuh bahaya itu. Andai dia tersalah langkah, andai musyrikin menghidu jejaknya, bukan sahaja nyawanya akan melayang, tetapi nyawa saudaranya yang buta dan masa depan dakwah di Yathrib sebelum Rasulullah berhijrah.
- Dipersaudarakan dengan Bilal bin Rabah r.a.
- Dilantik oleh Rasulullah saw sebagai ‘khalifah’ baginda 13 kali banyaknya iaitu sewaktu Nabi mengetuai ekspedisi dan peperangan menentang musuh Islam. Maka madinah dan seisi penduduk menjadi amanah Abdullah Ibn Ummi Maktum sewaktu baginda mengetuai ekspedisi di luar kota Madinah.
- Si buta inilah yang dari jauh merayu-rayu kpd Rasulullah, wahai suami sepupuku (khadijah) ajarkan kepadaku apakah wahyu yang turun kepadamu hari ini?
- Inilah rutin Abdullah dari kejauhan dan itulah yang berlaku dalam satu pertemuan Nabi bersama golongan pembesar Quraisy sehingga berubah air muka Rasul di atas kunjungan itu. Bukan Abdullah tidak tahu adanya tetamu besar bersama Nabi tetapi jiwanya yang merindui ayat-ayat al-Quran setiap hari menjadikan raganya kehausan al-Quran dan ternanti-nanti ayat-ayat yang baru.
- Lalu turunlah wahyu menegur baginda dengan firman-Nya:
Dia bermasam muka dan berpaling. Kerana datangnya seorang yang buta. Padahal adakah memberitahumu boleh jadi dia akan akan menjadi orang yang suci? Atau dia akan ingat lalu memberi manfaat kepadanya ingatan itu? Adapun terhadap orang yang telah merasa cukup, maka engkau hadapkan perhatian itu kepadanya.
Rasulullah saw pernah bersabda maksudnya: Apabila menjelang fajar tunggulah azan Bilal bin Rabah, apabila ingin solat fajar tunggulah azan Ibn Umm Maktum. Bilal r.a dan Ibn Umm Maktum ini bergilir saban hari melaungkan azan di Madinah. Itulah rutin dua muazzin Rasulullah s.a.w ini. Cumanya soalannya, bagaimana seorang yang buta tahu bilakah waktu solat bermula?
semoga bermanfaat. wallahualam.