Bile ayam jadi isu....




Ana baru keluar dengan kawan ana ke JJ baru-baru ni. Saja nak jalan-jalan (JJ jugak istilahnya).

“Bakpo ramai ore Isle make situ? Buke kito kena boikot KFC ka?” kawan ana, Arah bertanya sambil jarinya menunjuk ke arah restoran KFC kat dalam Jusco tu. “Tulah, kerana seketul ayam…”, ana menjawab dalam nada kesal. “Biar perut sendiri kekenyangan, sedangkan saudara-saudara seislam kita di Palestin masih menanggung kelaparan dek kekejaman Yahudi yang merupakan syaitan bertopengkan manusia”. Itukah yang bermain di fikiran mereka ketika menyuap peluru2 Yahudi tu? Wallahualam…

Hati ni tiba-tiba sakit. Sejak genjatan senjata dilakukan dan serangan berterusan Israel laknatullah selama 23 hari dihentikan sedikit masa dulu, (sekarang mula serang balik...Yahudi mana pernah tepati janji) ana dapat melihat sedikit demi sedikit umat Islam mula melupakan kempen boikot barang-barang USA dan Yahudi ni. Dah jadi kempen bermusim plak… seolah-olahnya kita akan mati kalau x makan KFC (PEDAS TU!!) Ana bukan benci ayam tu (dia pun makhluk Allah jugak..isk..isk) tapi yang ana x tahan tu, si pembeli dan si tuan punya syarikat ayam ni …


NAK MAKAN SANGAT? JOM CUBA PRODUK ISLAM!!!

Apa kata kita try plak ayam goreng keluaran saudara seislam kita? Nak? Jom pakat konvoi pi Kedah! (promote negeri sebenarnya, huhu).



Alhamdulillah, ana ada beberapa kali berpeluang mengunjungi RFC (Radix Fried Chicken), keluaran HPA kat Sungai Petani. Ayam kat sana pun besaq-besaq. Yang istimewanya, ayam-ayam tu diberi makan herba (baik untuk kesihatan) dan bukannya disuntik untuk mempercepatkan tumbesarannya seperti restoran makanan segera yang lain. Tambahan plak, RFC ni x ambik tax pun. Dengaq kata cawangan kat Shahab Perdana Alor Setar pun akan dibuka pada 7 Februari, insyaAllah. Alhamdulillah, semoga lepaih ni dapat diperluaskan ke seluruh negara. Jadi, x dak alasan bagi orang Islam yang teringin sangat nak makan ayam goreng tu untuk x boikot KFC!



Ana tidak dapat nafikan yang sememangnya umat Islam lebih ramai dalam kalangan pengguna dan bukannya pengeluar. Itulah sebabnya ekonomi sekarang dikuasai oleh orang bukan Islam. Apabila kempen boikot dilancarkan, mulalah ada suara-suara belakang yang berbisik, ’kalau dah boikot barang tu, barang ni, kita nak makan pa?’.


Ana ingin petik kata-kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam karyanya Aina al-Khalal, "Kekuatan ekonomi kita terbengkalai. Kita hidup di bumi Allah yang paling strategik, paling baik dan subur. Bumi yang paling banyak galian yang tersimpan dalam perutnya dan kekayaan yang bertebaran di atasnya. Malangnya kita tidak menggerakkan kekayaan kita, tidak bertani di bumi kita, tidak menghasilkan keluaran daripada galian sedangkan bahan mentahnya dikeluarkan dari bumi kita…jadilah kita dalam banyak keadaan pengguna bukan pengeluar, pengimpot bukan pengilang. Kadang kala kita menghasilkan produk yang kita tidak memerlukannya dan kita abai menghasilkan barangan yang sangat kita perlukan. Kita berbangga dengan memiliki kereta-kereta mewah antarabangsa, sedang kita tidak tahu untuk membuat basikal sekalipun."


Jadi, kudrat siapa lagi yang boleh ditagih selain kudrat kita semua, terutamanya para remaja dari segi penjanaan idea, modal dan tenaga untuk sama-sama membangunkan ekonomi umat Islam. Banyak kelebihan yang kita dapat jika kita semua sebagai umat Islam menguasai sektor ekonomi ni. Antaranya:

  • Kuasa membeli yang tinggi (disebabkan kapasiti jumlah umat Islam yang tinggi) menyumbang kepada peningkatan permintaan keperluan barangan dan makanan halal.
  • Apabila peningkatan permintaan ini menjurus kepada ekonomi umat Islam, maka akan berlakulah ’economy cycle’ di kalangan masyarakat Islam sendiri di mana duit yang dilaburkan atau dikeluarkan akan kembali kepada umat Islam jugak.
  • Dengan ini, umat Islam akan punyai ruang dan potensi yang lebih besar untuk memajukan produk-produk masing-masing.


PENGEDAR PRODUK HPA? AMACAM?

Sambungan cerita tadi, semasa dalam perjalanan pulang dari JJ tu, Arah ada mencadangkan supaya kitorang mendaftar sebagai ahli HPA, di samping dapat menyumbang kepada ekonomi umat Islam, kami juga dapat cuba untuk jadi pengedar produk-produk keluaran syarikat ni. Ana rasa itu merupakan cadangan yang bagus tapi kat mana ye stokis HPA cawangan Tambun ni?? insyaAllah, ana akan cari jugak.


Tiba-tiba teringat plak ana kepada seorang ukhti yang juga merupakan sahabat ana. Dia dah mendaftar sebagai ahli HPA dan apa yang ana kagumi, dia ada fwd no ahlinya kepada ana sekiranya ana ingin membeli apa-apa produk keluaran HPA dengan harga yang murah. Dia x kisah, asalkan kita sama-sama menyokong produk umat islam. Ana plak tetiba rasa malu, huhu... Dia dah bermula, ana bila lagi? Satu persoalan...


P/S: ‘Wa….ayam go..reng. Keluaran syarikat Islam plak tu..meh seketul’, kata ipin..(versi ana)



1 comments:

Anonymous said...

hemu3.....
baguih2 kalu dh setat blogging...
ni sebut2 pasai ayam,meh antaq kt cni sket buley..???
nk bli jauh sgt la~

nway,salam mujahadah

(ur twin xdak blog ka..?)

Post a Comment