kali ni, ana nak share xtvt yang ana telah buat hujung minggu lalu... heheh cuti 5 hari yang sangat bermakna, alhamdulillah (x buka buku langsung...) letak tepi sat sebab nak relaxkan mind ini.. penuh ngan xtvt sukan and luar ja... tarbiyah jasadiah katakan...
16 april 2009setelah berakhirnya SEMPUTS DAY a.k.a SPORTS DAY (mau x semput nafas haku neh... bukan sebab kena lumba lari tapi terkezut tgok acara 'birdcheers' (pinjam ayat al qarni) y diadakan, huhu), nafas dah tersekat so ana trus fly dari bandar ipoh ke ipgm Kampus Tuanku Bainun iaitu teratak kakak ana (untuk menyucikan semula mata yang telah ternoda) ...isk..isk...
18 april 2009and pada ari sabtunye, telah diadakan pertandingan bola jaring kat IPTB untuk kaum lelaki dan perempuan yang dibuat secara berasingan and kat sini ana ada kepilkan beberapa keping gambar untuk dishare....
Para 'Serikandi Umar' (kakak ana and da geng) bersiap sedia sebelum pertandingan bermula
Ait, mana bolanya??? aaaa... sapa kata pakai baju labuh and menutup aurat
menghalang kita daripada bersukan??? cakap...cakap...
alhamdulillah, kelas kakak ana dapat tempat keempat daripada lebih kurang berbelas kumpulan yang bertanding.... diorang agak kepenatan jugak la tapi puas... walaupun ana x main, tetap rasa penat gak, huhu... JURULETIH la katakan...
Tringat plak pada satu hadis junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W, 'Ajarlah anak-anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda'. Daripada hadis ni, dapat disimpulkan yang Islam x pnah melarang umatnya bersukan... tambahan plak, boleh menyihatkan mental dan fizikal... hadis len plak, 'Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah daripada yang lemah'.. dengan fizikal yang kuat, mental pun terjana... so lebih senang untuk lakukan kerja2 dakwah kan??
Penekanan Islam terhadap bidang sukan ni memberi satu kesedaran dan bukti yang betapa lengkap dan menyeluruhnya Islam dan ia tidak bersifat sekular yang mana agama diasingkan dari urusan yang tidak berkaitan dengan keagamaan seperti pentadbiran, hiburan, sukan dan sebagainya... asalkan pelaksanaan dan kegiatan sukan tersebut menepati kehendak syarak... di sini adalah tips2 sikit yang nak dikongsi:
Panduan untuk Seseorang Muslim Dalam Bersukan:
1-Seseorang Muslim tidak sepatutnya lalai dengan sukan sehingga sampai mendorong meninggalkan tugas-tugas agama dan yang lain.
2- Seseorang Muslim tidak dibenarkan bersikap tidak peduli dalam bersukan dengan cara menimbulkan kecederaan kepada yang lain. Bersukan di atas jalan yang sesak misalnya, boleh menyebabkan kesesakan jalan, ini bukan cara Islam.
3-Perasaan fanatik membabi-buta dalam menyokong atau menentang satu pasukan adalah tiada kaitan dengan Islam, kerana ini benar-benar bercanggah dengan ajaran Islam yang menyeru kepada perpaduan dan kasih-sayang.
4- Tidak dibenarkan kata-kata kesat, perbuatan buruk dan fitnah semasa bersukan.
5-Islam tidak membenarkan pertandingan atau permainan yang melibatkan kedua-dua jantina, dengan cara membuka jalan hawa nafsu, syahwat dan keruntuhan akhlak.
6-Islam menolak semua permainan dan sukan yang mendorong rangsangan seksual dan menggalakkan kejatuhan moral seperti wanita berlatih menari dan ditontoni oleh orang ramai.(eg: tarian, cheerleading)
7-Islam tidak membenarkan pembukaan aurat ketika bersukan.
lepas ja abih ptandingan bola jaring neh, ana pun berlepas bersama kakak ana and beberapa orang sahabat ke Pulau Aman, Seberang Perai Selatan... and untuk post kali ni ana x nak citer agi pasal rehlah ni... tunggu post seterusnya.... wassalam