'Peace Island' in memory




assalamualaikum... seperti yang dijanjikan sebelum ini, untuk post kali ni plak, ana nak share beberapa photo masa ana berehlah kat Pulau Aman, Seberang Perai Selatan. sebenarnya rehlah ni merupakan salah satu xtvt usrah kakak ana... kiranya ana ni cam PENYIBUK TERHORMAT la...heheh and for dis entry, let these pics story kat you all ek ><


SUBHANALLAH... masa ni kitaorang dalam bot on da way to Pulau Aman... dah nak Maghrib dah


XTVT pertama keesokannya... mencari remis (first time ni, huhu)... memang menguji kesabaran


alhamdulillah, banyak x remis yang ana dapat?? rasanya tempat ana gali ni memang perkampungan remis ni kut... (nak makan ka, nak nak jual ni????)


XTVT seterusnya, jala udang... berat juga jala tu... hmmm susah... patut la udang mahai kat market, huhu.


setelah berpenat lelah menjadi 'nelayan', kami pun ronda2 kampung neh... banyak pokok sukun yang ditanam... antaranya yang nilah...


dah namanya chekgu, tak sah kalau x lawat sekolah kat sini...kawasan dia kecik ja...x pa as long as studen kat sini x tercicir... sapa2 nak wat PBS kat sini, u are mostly invited!!!



petangnya, sayup di kejauhan... selamat tinggai pulau aman...


alhamdulillah, rehlah ni banyak memberi input kat ana walaupun hanya sehari semalam... ukhwah dengan sahabat-sahabat yang baru ja ana kenai tapi rasa cam dah lama kami bersama... rehlah ni kan cabang tarbiyah jugak... seperti yang digariskan oleh As-Syahid Hassan Al-Banna sendiri dalam 10 Muwasfat Tarbiah, rehlah atau riadah termasuk dalam Muwasfat ke 5 iaitu sihat tubuh badan.

selain itu, kita melihat kejadian alam ciptaan Al-Khalik Yang Maha Kuasa dan Maha Bijaksana and berfikir tentang ciptaanNya. hal ni sedikit sebanyak menyedarkan ana dalam proses pentarbiyahan diri ni, walaupun bijaknya kita, berkuasanya kita, siapalah kita di hadapan Maha Kuasa jika tiada iman di dada... ana arap sangat keindahan di pulau ni tetap di preserve for our next generation... tiada tangan ganas2 yang cuba menarah atau memusnahkannya... kerana kerosakan kat bumi ni banyak dilakukan oleh tangan2 manusia sendiri!


0 comments:

Post a Comment