Ke MaNa HiLaNgNyA TuAn PuNyA bLoG? ***bahagian 2***


Assalamualaikum...
alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T yang masih meneguhkan hati ini untuk berada di jalanNya, mengurniakan nikmat terbesar, iman dan Islam... selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W beserta para sahabat yang telah berjuang fisabilillah sehingga Islam yang kita cintai mengharum di seluruh dunia serta tidak lupa buat semua pejuang agama ALLAH di mana sahaja berada. semoga berada dalam keredhaan Allah S.W.T.


Alhamdulillahibarakatillah, sehingga kini kita telah diberikan peluang oleh Allah untuk mengharungi bulan Ramadhan ini dengan penuh tabah disertai dengan pelbagai amalan kebaikan, insyaAllah.

Seperti yang dijanjikan dalam post yang lepas, kali ini saya ingin berkongsi tentang pengalaman saya setelah bergelar ‘ustazah’.(sesungguhnya penulis berasakan dirinya amat kerdil (walaupun size dia memang dah cam tu) dan tak layak untuk digelar sebegitu rupa..isk.isk..)

Semasa kali pertama mendapat jadual waktu, ternyata kebanyakan masa saya adalah bersama kelas 3 Nilam (zaman saya dulu mana ada nama-nama kelas macam ni.. nilam la, zamrud la, delima pun ada. Hmm, apa kes letak nama batu permata neh??). Tapi saya lebih bangga sebab nama-nama kelas zaman saya dulu diambil sempena sifat-sifat Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. Inilah Qudwah Hasanah yang perlu diperkenalkan kepada anak-anak kita sejak dari awal sebenarnya. Oleh sebab dahulu ada 3 kelas sahaja, so dinamakan kelas Amanah, Fathonah dan Siddiq. Tabligh ja tak dak.. TABLIGH?? Takut orang salah paham kut, huhu..


batu nilam

batu zamrud

batu delima

apa kaitan gambar ini dengan nama kelas tadi??
(sekadar ruangan info tambahan untuk readers sekalian)

sungguh berinformasi blog ni yer..(kata penulis yang syok sendiri)


**********perdebatan nama kelas ditamatkan**********

(x baik main gaduh-gaduh ni...makan gado-gado xpala tapi waktu malam ja sebab la ni kan bulan posa)

Nak dijadikan cerita, kebetulan pula, 3 Nilam ni adik ana punya kelasla… subjeknya: bahasa om putih (loghat kampungku terchenta), pendidikan jasmani dan kesihatan (kesian budak-budak tu sebab dapat chekgu yang alergik padang macam saya) dan pendidikan agama. Alhamdulillah tercapai jugak hasrat untuk merasai pengalaman mengajar bebudak skul rendah ni sebab my course (tesl) requires me to teach secondary school students… orang kata ajar budak skul rendah ni banyak dugaannya daripada ngajaq skul menengah.. orang la kata…saya x kata.. hmm…

Orang kata: susah tau ajar budak skul rendah la ni. Dah x macam dulu.payah dah nak dengaq cakap chekgu.

Saya kata: bagi saya, mana-mana level skul pun mesti ada dugaan tersendiri. Allah takkan bagi kejayaan dengan senang. Sebab cikgu ni kan arkitek pembangunan manusia. Rasulullah S.A.W sendiri pun seorang mualim. Lagi banyak dugaan yang ditempuhi oleh baginda.

***

Selepas settle jadual pengajaran, surat lantikan dan perbincangan tentang gaji, saya ditugaskan untuk masuk ke kelas 3 Nilam bersama-sama Ustazah Syukriah. Time masuk kelas tu dah kedengaran suara-suara kecil di belakang....

Murid 1: Weh,ustazah baru....

Murid 2: Hang kenai dak sapa tu? Tu kakak Fareezal la tu...

Penulis: Alamak, apsal depa dah tau ni?! X sempat nak tunjuk garang (monolog dalaman)

Di satu sudut: adikku, Fareezal tersenyum bangga...(cepatnya ijan sebar ceghita eaaa)

***

Berbalik kepada pengajaran, topiknya tentang adab menziarahi pesakit. Memang sesuai tajuk ni dengan apa yang berlaku pada hari ini. Virus H1N1 yang semakin menular. Adakah ini teguran atau nak pedas lagi, BALA daripada Allah untuk kita semua yang mula lupa akan tanggungjawab kita sebagai hamba, khalifah dan pendakwah di atas muka bumi pinjaman Allah S.W.T ini?? Astagfirullah...ampunkan dosa kami Ya Allah...

Hmm, ramai antara kita yang memandang enteng tentang adab ni walaupun dah diajar sejak sekolah rendah kan?? Menziarahi orang sakit adalah sunat dan digalakkan oleh Islam. Perbuatan ini dapat mempereratkan lagi hubungan silatulrahim sesama Islam. Amalan seumpama ini mendapat ganjaran yang besar, sebagaimana yang disarankan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Maksudnya:

“Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah Taala, maka terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkah mu dan ambillah tempat tinggal mu di dalam syurga” (Riwayat: at-Tirmizi)

Macam-macam pendapat yang diutarakan oleh murid-murid 3 Nilam ni. Terkesan saya pada sesi soal jawab antara seorang murid dengan Ustazah Syukriah. Memang terbukti, kanak-kanak cepat belajar menerusi apa yang dilihat dan didengar oleh mereka.


Ustazah: Ingat tau murid-murid, kalau kita nak lawat orang sakit ni, tak buleh lama-lama. Ada masa tertentu. Takut terganggu masa rehat pesakit tu.

Murid: Ait ustazah, awat (mengapa) kawan ayah saya mai tengok ayah saya kt hospital lama sangat. Macam tak mau balik. Dah la mai dari pagi, sampai tengahari pun tak balik-balik.

Ustazah: Ha, itu maksudnya orang tu tak amalkan adab nilah.

***

Betulkan, macam mana nak suruh bebudak ikut kalau kita yang dewasa pun tidak tunjuk contoh yang baik??

So, jom kita shift da paradigm. Di sini saya ingin berkongsi dengan para sahabat tentang adab-adab menziarahi orang sakit. Kita recall balik ye:

1.Jangan duduk terlalu lama ketika menziarahi pesakit kerana perbuatan ini boleh mengganggunya.

2.Ketika berada disisinya, hendaklah kita sentuh dan pegang tangannya kemudian letakkan tangan di dahinya dan tanya tentang penyakit dan keadaannya sekarang.

3.Hendaklah kita doakan agar cepat sembuh dengan menyebut: Semoga Allah menyembuhkan... (sebutkan nama dan pangkatnya).

4.Doa dan ceritakan tentang kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat, Rasul dan Nabi dan juga orang beriman supaya pesakit itu tidak merasa resah gelisah terhadap kesakitan yang dialaminya.

5.Berikanlah nasihat-nasihat yang baik serta ucapkan perkataan “Sabarlah sakit ini adalah salah satu ujian Allah dan cubaan semata-mata di atas ketakwaan seseorang terhadap Allah kerana sakit ini juga, seseorang memperolehi ganjaran pahala yang banyak”.

6.Jangan makan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang telah disediakan untuknya. Sekiranya kita makan makanan tersebut, hilanglah pahala ibadah ziarah itu.

7.Sunat dibacakan doa untuknya yang bermaksud:

“Ya Allah ! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dariMu jua, sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit”. (Riwayat at-Tirmizi)

wallahualam...

0 comments:

Post a Comment