..:RaMaDhAn KaLi InI:..


Assalamualaikum...

alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T yang masih meneguhkan hati ini untuk berada di jalanNya, mengurniakan nikmat terbesar, iman dan Islam... selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W beserta para sahabat yang telah berjuang fisabilillah sehingga Islam yang kita cintai mengharum di seluruh dunia serta tidak lupa buat semua pejuang agama ALLAH di mana sahaja berada. semoga berada dalam keredhaan Allah S.W.T.

sekadar perkongsian, baru-baru ini saya ada menerima satu mesej dari sahabat seperjuangan saya:

tit...tit...tit...tit

sahabat: salam farah, nuzul quran (17 ramadhan) tu maknanya quran diturunkan kan? malam lailatulqadar pun quran diturunkan jugak kan? so apa bezanya??

hmmm...pertanyaan ni membuatkan saya berfikir panjang...setahu saya al-Quran diturunkan secara berperingkat dan beransur-ansur tapi macam mana saya nak terangkan kepada sahabat saya ni agar nampak perbezaannya. Kalau adik usrah yang tanya ni, memang tak buleh nak terangkan on da spot. Naqibah macam mana ni???

so, saya mula mencari petunjuk (cam private investigator la plak). Ya Allah, mudahkanlah!

private investigator ke? sekali pandang dah macam pengendap bersiri daa...

Buku Quran Sunnah yang masih saya simpan, saya selak satu demi satu. nilah simptom 'Al-ilmu fi kutub la fisuddur'. Astagfirullah..

di situ diterangkan peringkat penurunan al-Quran: dari luh mahfuz ke baitul izzah (terletak di langit dunia dan seterusnya kepada umat Nabi Muhammad S.A.W)

Saya capai pulak quran terjemahan berwarna hijau (my feveret kaler) dan terus membuka surah al-Qadr. Allah S.W.T berfirman dalam Surah Al-Qadr, ayat pertama:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam qadar."

dan di bawah page tu diterangkan yang malam qadar mempunyai beberapa erti, antaranya malam kemuliaan, kerana pada malam itu permulaan diturunkannya al-Quran dari Luh Mahfuz kepada Nabi Muhammad S.A.W.

sambil-sambil dok lakukan penyiasatan sendiri, mesej difoward kepada ustaz, ustazah dan sahabat yang lain. dan inbox saya mula busy:

tit...tit...tit...tit

Ustaz Asad: Call saya. nanti saya terangkan.

(alamak kredit baru ja habis. macam mana ni??? Ya Allah, mudahkanlah hambaMu ini)


tit...tit...tit...tit

Ustazah Ilham: nuzul Quran-mula-mula sekali quran diturunkan. lailatulqadar-malam seribu bulan

(nak tanya lebih lanjut tapi tak dapat. maaf ustazah, tak smpat nak ucap mekasih...kedit RM 0.00)

tit...tit...tit...tit

Husna: Lailatulqadar di mana quran diturunkan sekaligus dari luh mahfuz ke baitul izzah (di langit dunia) tapi nuzul al-quran di mana quran diturunkan dari baitul izzah kepada Nabi Muhammad S.A.W secara beransur-ansur dengan asbab, tarikh, masa, tempat tertentu...dapat tak? kedua-duanya penurunan..cuma beza dari satu tempat ke tempat yang lain..wallahualam..

***

Alhamdulillah, penerangan yang bagus. kredit to Husna :-) dan tak lupa kredit to Erma jugak (sayang Erma) sebab mengutarakan soalan yang membuatkan otak saya bekerja semula setelah lama tidak dibrainstorm. sesi brainstorming merupakan antara latihan yang perlu dipraktikkan oleh para guru yang tidak salah saya katakan sebagai pendakwah jugak kerana kita akan berhadapan dengan anak-anak murid yakni our mad'u yang kadang-kadang advance lagi pemikiran mereka.


semoga generasi Al-Quran seperti zaman para sahabat dahulu dapat dilahirkan semula, insyaAllah

***

bersempena hampir berlabuhnya tirai Ramadhan yang saban tahun sentiasa dirindui oleh para pencintaNya, marilah sama-sama kita bermuhasabah diri:


Sudahkah aku tinggalkan segala kekufuran dan kemaksiatan?


Puasaku? Adakah hanya sekadar menahan lapar dan dahaga?
Sama sahaja tahapnya macam yang lepas-lepas? puasa umum lagikah? atau dah meningkat ke tahap puasa khusus atau puasa khususil khusus? (tiga golongan orang yang berpuasa seperti yang dikategorikan oleh Imam Al-Ghazali)


Bagaimana pula dengan amalan sedekahku? Sedangkan apabila bersedekah, masih ada keberatan dalam hati, masih ada rasa su'udzon kepada sang penerima sedekah, walaupun sedikit, seperti setitik garam di lautan, masih kuhitung rezekiku, padahal rezekiku itu sememangnya milik Allah dari awal hingga akhirnya.


Bacaan Al Qur'an? Atau masa lebih banyak dihabiskan dengan majalah picisan yang berselerakan di almari? Kedekut sangatkah dengan kalimah alif, lam, mim sedangkan Rasulullah S.A.W telah menjelaskan dalam hadis baginda, yang mana satu huruf al-Quran bersamaan dengan 10 kebaikan...


Qiyammullailku? Hmm.. adakah telah ku dapatkan kekhusyukan itu? mengapa mata ini masih berat untuk menglairkan air mata penyesalan di pengakhiran sujud?


Berjayakah aku dalam pencarian lailatulqadar di kesempatan 10 malam terakhir ini? atau persiapan raya yang menjadi prioriti???


semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya dan kita keluar dari kem latihan dan madrasah tarbiyah Allah S.W.T sebagai orang yang berjaya mengikuti piawaiaan dan ISO ketentuan Allah, insyaAllah.


0 comments:

Post a Comment