[UMRAH] Dari harapan menjadi kenyataan


Assalamualaikum wbt 

Alhamdulillah digerakkan juga hati ini untuk menulis setelah sekian lama jari-jari ini kaku dan lesu. Mungkin kesan kerinduan yang teramat sangat pada Bumi Haramain yang kini dapat kutatap hanya melalui gambar-gambar yang diambil dalam diari kenangan lalu. 

Kala sahabat-sahabat lain sedang sibuk dengan assignment yang perlu dihantar pada minggu hadapan, aku memilih untuk mencoret sesuatu di sini bertemankan nikmatnya batuk dan selesema yang masih tidak berhenti mentarbiyyah diri. 

Bumi Haramain; Mekah dan Madinah. Tempat paling suci di dunia. Menziarahinya menimbulkan rasa kesyukuran dan kecintaan. Meninggalkannya memutikkan buah kerinduan lantas doa dititipkan agar bisa menjadi tetamuNya lagi pada masa hadapan. 

Allah~

Ketika mana rancangan untuk mengerjakan umrah ini diberitahu oleh abang Jo, aku ada meminta izin dari mak. Memandangkan ada beberapa kekangan terutamanya dari segi kewangan (kerana wang yang ada lebih diperlukan untuk hal-hal yang lain), dalam nada yang sangat berat, mak terpaksa untuk tidak mengizinkan aku untuk pergi. Bukan aku tiada simpanan sendiri. Alhamdulillah, Allah SWT gerakkan hati untuk aku menyimpan sedikit demi sedikit duit elaun yang ada. Tetapi kata mak, mungkin ia lebih diperlukan untuk pengajian tahun akhir aku nanti. Kalau nak harapkan duit dari mak ayah, mungkin tidak cukup kerana adik-adik lain masih bersekolah dan lebih memerlukannya berbanding aku. Aku faham dan mengerti akan prioriti yang ada sebab aku bukanlah dari keluarga yang senang. Dan berdasarkan keperluan tanggungan yang ada, pergi menunaikan umrah atau haji tidak pernah menjadi top list kami setakat ini walaupun jauh di sudut hati, ianya antara yang paling kami ingini. 

Jadi sekembalinya ke UK selepas cuti musim panas, sekali lagi sahabat-sahabat sibuk bercakap pasal umrah dan aku masih menaruh harapan itu tetapi mungkin tidak sesemangat dulu. Kerana memikirkan mungkin ini belum masanya lagi kerana aku masih punya prioriti lain. Dan bila mana tarikh tutup semakin hampir, aku jadi terfikir kembali. Aku nak sangat pergi. Aku telefon mak kat Malaysia. Bertanya khabar keluarga dan aku diberitahu yang ayah tidak berapa sihat. Aku jadi berdebar. Ada gema sayu di balik suara mak. Mak tidak putus-putus minta aku berdoa. Aku tidak bertanya lanjut. Cuma dapat aku rasakan ada butir-butir jernih di hujung kelopak air mata. Aku tewas. Aku berusaha untuk tenangkan mak. Tak jadi nak tanya sekali lagi pasal umrah tu. Cuma aku cakap kat mak yang ada kawan-kawan yang akan menunaikan umrah dan kita boleh kirim doa kepada mereka untuk kesembuhan ayah. Pada masa tu, aku dah redha. Tak pergi pun tak pa. Tiba-tiba mak tanya, "Ramai ka yang pi?". Aku pun beritahu mak, "Ada jugakla kawan-kawan rapat yang pi". Lepas tu mak cakap " Adik pi la umrah dik. Boleh jugak doakan untuk keluarga kita. Mak dengan ayah tak tau bila boleh pi." 

Allah~

Air mata semakin laju menuruni pipi. Aku cakap kat mak, "Mak jangan risau. Adik paham ja. Adik ok ja kalau tak pi pun. Nanti kan kita nak pakai duit banyak. Lagipun adik rasa berat hati. Mak ayah pun tak dapat pi lagi". Mak balas, "Takpa la adik. Rezeki ni Allah SWT yang bagi. Duit boleh kita cari lagi. Tang-tang mana ada la tu". Mak bagi telefon kat kakak. Suruh pujuk aku untuk pergi. Allah SWT sahaja yang tahu perasaan aku pada masa tu. Lama aku cakap dengan kakak. Alhamdulillah keputusan yang dicapai, aku mengambil keputusan untuk pergi. Semuanya berlaku dengan kehendak Allah SWT. Terus aku hantar emel kepada Akademi Umrah untuk menyatakan persetujuan aku untuk pergi. 

Untuk menambah sumber kewangan, aku dan beberapa orang sahabat mengambil keputusan untuk membuat jualan makanan setiap hujung minggu dan akhirnya tertubuhlah page "Warungku Warungmu Jua". Kami ambil order makanan secara online dan membuat delivery. Penat memang penat. Tetapi alhamdulillah, at least boleh jugak cover perbelanjaan yang diperlukan. Pakej umrah yang aku ikuti ini adalah antara yang termurah iaitu 850 pound. First payment adalah 400 pound dan alhamdulillah aku dapat membayarnya walaupun elaun belum keluar dengan duit simpanan yang aku ada. 

Mak pun gembira dengan keputusan aku. "Adik kena ingat, insyaAllah ada berkat dalam usaha adik nak ke umrah ni. Sebab adik pi sana guna duit berniaga ni. Memang la penat sikit kan tapi insyaAllah halal. Kadang-kadang orang yang duit banyak pun, kalau Allah SWT takdir tak sampai Mekah Madinan lagi, depa tetap tak boleh sampai. Ni kira rezeki adik la ni".

Aku belajar sesuatu daripada apa yang berlaku. Semestinya pergantungan kita kepada Allah SWT jangan pernah putus. Dan untuk menjadi tetamu Allah SWT bukanlah senang kerana tidak semua orang berpeluang dalam masa yang sama. Ada yang akan pergi dulu dan ada yang akan pergi kemudian. Tetapi once dah dapat, kena grab betul-betul. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. :) 

Dan untuk post seterusnya, kita akan jelajah Mekah dan Madinah. InsyaAllah :)

:)


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah semalam sempat diadakan usrah bersama-sama sahabat-sahabat dan adik-adikku sayang. Cuti yang panjang dengan program yang perlu dihadiri membataskan diri ini untuk bersua muka dengan wajah-wajah yang dirindui. Wajah-wajah yang sememangnya dahagakan ilmu dan tazkiyatun nafs. Aku sayang mereka. KeranaNya insyaAllah. Hebatnya tautan ukhwah yang dijalinkan keranaNya. Baru sahaja terjalin tapi cukup beerti. Bertemu tak jemu. Berpisah tidak gelisah hendaknya.

Mendengar setiap seorang meluahkan perasan dan kekesalan akan pengalaman lalu yang telah dilalui. Masing-masing merasakan betapa beertinya dan bermaknanya dicampak ke bumi UK. Bukan sebab datang oversea then boleh ceritakan kat orang. Bukan sebab di sini ada salji, Malaysia tidak. Tetapi lebih daripada itu. Keizzahan Islam dalam diri lebih dirasai di sini. Rasa nak memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dan menyumbang kepada Islam dan ummat. Allahu Akbar! Bertambah sayang pada mereka semua.

Suka aku ingatkan diri dan sahabat-sahabat. Fikiran kena selalu positif. Kesalahan lalu adalah peringatan hari esok. Bukan hanya untuk diri sendiri malahan juga untuk sahabat-sahabat yang lain. Jangan pandang pengalaman lalu sebagai sesuatu yang menyakitkan atau buruk. Ia sebenarnya satu wasilah yang boleh digunakan untuk motivate orang lain yang setiap manusia ni ada hak dan patut diberikan peluang untuk berubah. Dan seseorang itu tidak dilihat bagaimana dia bermula, tetapi bagaimana pengakhiran hidupnya.

Semalam ada seorang sahabat bertanya, "Tak penatkah farahin sebab asyik kena dengar masalah kami?. Farahin pulak yang tak pernah cerita masalah Farahin kat kami. Rasa bersalah. Asyik farahin saja yang memberi. Kami tak memberi pun".

Ya, aku mengaku. Aku ni memang jenis yang tidak menceritakan masalah diri kepada orang lain. Bukan sebab malu. Jauh sekali sebab tidak percaya. Tetapi itulah diriku. Kalau buat ujian personaliti MBTI pun, aku ni jenis INFP. Kononnya seorang 'healer'. Meletakkan kepentingan orang lain lebih daripada kepentingan diri sendiri. Ces, bajet pulak. Hehe. Tapi orang INFP ni suka jugak pendam perasaan.

Sahabat-sahabat...adik-adik..

Ceritalah kalau ada masalah. Walaupun masalah itu masalah yang sama yang kerap berulang. Walaupun masalah itu masalah yang keseratus kali dituturkan. Walaupun masalah itu masalah yang diulang-ulang sejak kita kat maktab lagi. InsyaAllah, farahin akan belajar untuk tidak penat. Telinga ini bukan hak farahin pun. Telinga ini juga milik ummah. Apalah sangat nak dibandingkan dengan apa yang Farahin buat ni dengan apa yang Rasulullah SAW telah lakukan. Baginda kekasih Allah SWT. Baginda SAW pemimpin ummat. Setiap hari, setiap masa ada sahaja orang datang berjumpa. Mengadu akan permasalahan dan kesedihan. Bercerita tentang kegembiraan. Dari sekecil-kecilnya hingga isu yang besar. Tapi baginda tidak pernah mengadu kepenatan. Malah still memberi sehingga di saat-saat pengakhiran hidup baginda bila mana baginda mendoakan agar baginda dapat menanggung semua azab sakaratulmaut yang bakal ditanggung oleh ummatnya setelah merasakan betapa azabnya semasa sakaratulmaut. Rindunya terasa. T_T

Tanggal 12 Rabiulawal, hari Isnin, tahun ke-11 hijrah...

Sejahteralah jasad Baginda

setelah melalui hari-harinya yang memenatkan serta meletihkan disebabkan kita...

Sejahteralah jasad Baginda

dapat berehat setelah perutnya yang diikat dengan batu kerana kelaparan disebabkan kita...

Sejahteralah jasad

yang pernah dilemparkan dengan batu sehingga melukakannya disebabkan kita...

Sejahteralah jasad

yang pernah dipatahkan gerahamnya disebabkan kita...

Sejahteralah jasad

yang pernah dilukakan dahinya dan mengalirlah darahnya lalu Baginda menahannya dengan tangannya untuk menjaga darah yang bersih itu dari terjatuh ke tanah sebagai rahmat bagi mereka dan kita dari kemurkaan ALLAH...

Sejahteralah jasad

yang pernah dimasuki sesuatu ke dalam daging pipinya disebabkan kita....

Sejahteralah jasad

yang mana kakinya bengkak disebabkan pengabdiannya pada ALLAH serta da`wah untuk kita...

Sejahteralah jasad

yang memikul kesukaran,keletihan, kesakitan dan kelaparan disebabkan kita....

Apa pula yang kita dah lakukan untuk membalas jasa Baginda? Tepuk dada, tanya iman anda..


Sahabat-sahabat..adik-adik...

Korang pun jangan penat tau nak cerita. Farahin nak berada di sisi korang semua kalau korang ada masalah. Korang sebenarnya yang telah banyak memberi kepada farahin. Dengan apa? Dengan menghadirkan peluang kepada Farahin untuk memberi kata-kata semangat, teguran ketika diperlukan. Cuba bayangkan, kalaulah sahabat-sahabat ni tak bercerita, tentu tiada peluang untuk farahin memberi. Jom kita sama-sama memberi. Masih ingatkah kita akan 'Butterfly Effect' yang diperkenalkan semasa FUIYO? Kita sama-sama nak buat amalan banyak-banyak kan? Nak share satu hadis:

"Khabarkan kepada mereka, sesungguhnya syurga adalah tanah yang subur, airnya jernih lagi nyaman. Ia kosong dan lapang. Tanamannya ialah: Subhanallah, walhamdulillah, walailahaillallah, Allahu Akbar." (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Sesungguhnya, seperti yang dikatakan dalam hadis di atas, syurga itu dikhabarkan hanyalah tanah yang lapang. Kosong. Amalan kitalah yang akan menghias tempat tinggal kita kelak. Tentu kita tak nak kita hanya ada sebatang pokok manakala orang sebelah kita siap dah ada mahligai kat syurga kan? Jom tingkatkan amalan dan design tempat tinggal di syurga yang kita idamkan, insyaAllah. InsyaAllah selagi mana nyawa di kandung badan, peluang masih terbuka.

~Terima kasih Allah, kerana menghadirkan sahabat-sahabat yang yang sangat tabah, kuat, selalu menangis tetapi kemudian bangun semula dengan semangat yang baru. Aku banyak belajar daripada mereka. Belajar erti berlapang dada dalam menerima teguran dan pendapat. Erti pergantungan sebenar-benarNya dan keyakinan kepada Allah SWT.~

Salam perjuangan keranaNya :)

Andalusia :)


Assalamualaikum dan salam satu ummah ^^! Sudah lama blog tidak berbunyi..pengabaian amatlah dikesali T_T. InsyaAllah lagi 4 hari saya akan ke Andalusia aka Spain. Mohon doa sahabat-sahabat semua. Salam maal hijrah..puisi di bawah saya buat khas untuk semua. :)


Andalusia, Sepanyol, Espana,

Biarlah dengan nama apa pun ia,

ia masih di sana,

kala meniti di usia senja,

masih bisa tersenyum menyapa,

melihat kelibat anak kecil,

si tua mahupun anak muda,

yang datang dari pelusuk dunia,

menerobos sempadan

demi kenyataan

sebuah peristiwa,

benarkah seperti yang dikata,

ia pernah menjadi kota kegemilangan agama kita?

Kota yang menyimpan 1001 cerita,

kisah suka-duka, simpanan amanat, dendam kesumat.

~alhambra. cordova. alcazaba. la giralda. gibraltar~

masing-masing punya sejarah tersendiri,

mengajar pada yang sudi mempelajari,

memahami dengan mata hati,

mengambil erti,

tamadun manusiawi

bisa jatuh tanpa disedari

andai ukhrawi mula dilupai...


~illal liqa~

::Bahagian 1: Paghis::



Assalamualaikum..

haih. dah dua hari balik Paghis ni (nak sebut tak dak la susah mana. macam loghat kampung aku ja...mungkinkah nenek moyang aku orang France? mesti ada sisi sejarah yang digelapkan ni..jeles la tu dengan orang Kedah..lalalala), blog belum diupdate-update. dok kumpul kotak nak packing barang balik Malaysia yang terchenta..lalalala. ok jom kita patah balik ke tarikh 19/20 jun 2010...hari first aku bertolak..

:19 Jun 2010 + 20 Jun 2010:

First sekali, ramai terkejut dan buat muka takjub. ke purak-purak je? =.='

semua orang : Flight pukul berapa?

aku yang innocent : bas jer bai.

semua orang : Apa??? Korang naek bas????


okla tu daripada aku cakap.."kitaorang naek beskal..lalalalala.." serius. oleh kerana tiket kapal terbang dan train yang mahal menggila, kitaorang pon decide nak naek bas. Eurolines. Dari Coventry ke London 2 jam. Kemudian bertolak dari London ke Dover lebih kurang 3 jam camtu. Then amik feri cross border dulu selama 1 jam setengah sebelum sambung ke Paris pulak selama 2 jam. Total up lebih kurang 9 jam. Dah macam nak balik Kelantan dari Ipoh..hehe

*padan muka aku. ni kes beli tiket lambat. mau tak mahal T_T*


Kat sini la pemeriksaan imigresen dilakukan
[Di sini penulis agak excited menuturkan perkataan French buat pertama kalinya iaitu 'Mercy (pronunciation dia cam 'Meghsi' yang membawa maksud 'terima kasih' kepada Abang Imigresen, weeeee..sungguh tak bleh blah) ]


Tapi tiada kusangka..part paling best adalah masa nak cross border dari UK ke France tu, sebab kitaorang naek feri. bukan klasik macam kat Malaysia tau. ni ala-ala Cruise camtu. Siap ada Costa, butik, dan tempat rehat yang luas. Lepas je bas masuk dalam feri tu, kitaorang dipersilakan turun dan masuk ke dek sambil menikmati keindahan laut di luar dan bergambar di sana-sini *ayat agak mengada-ngada di sini*. Sebenarnya aku ngan Pijah dah terpengsan awal dalam feri tu. mabuk. huhu. tak cool giler aku rasa. muka dah macho tapi mabuk..waaaaa..Kemudian kitaorang pon ubah jam kepada sejam cepat. Beza waktu UK dan France sejam je.



Lebih kurang macam ni la feri kitaorang =)
[Di sini penulis merasakan dirinya seakan-akan berada dalam kapal Titanic..hoho]


Subhanallah. Teringat aku pada kisah Nabi Nuh yang dinukilkan dalam al-Quran. Rupanya teknologi nak merentas lautan ni, Allah SWT dah ajar dah sejak zaman Nabi dulu-dulu lagi. Allah SWT berfirman Surah Hud, ayat 37:

Dan buatlah bahtera itu dengan pengawasan dan petunjuk wahyu Kami , dan janganlah kamu bicarakan dengan Aku tentang orang-orang zalim itu , sesungguhnya mereka itu akan ditenggelamkan.

Membuktikan betapa hebatnya mukjizat al-Quran dan berganda-ganda hebat Sang Penciptanya! Kalau tiada panduan macam ni untuk penciptaan kenderaan laut, macam manalah aku nak sampai ke France dengan bas kan? =))

Ok. Sambung. Feri pon bertolak dari Dover ke Calais. Sejam setengah camtu r. Masa sampai kat Calais tu, tetibe pak cik bas check nama. dah la cakap dalam French. Satu pon aku tak paham. Cuak la jugak. Dia dok ulang perkataan 'Calais' tu banyak kali. Aku pon tengok signboard kat luar. Bawah perkataan Calais tu dia tulis ferry pe tah. Ingatkan tu translation dia. so aku pon tanya pak cik sebelah kiri aku dengan muka innocent ditambah sikit dengan penggunaan slang-slang British bagai (untuk pengetahuan semua, sebelah kanan aku terletaknya Pijah yang tersadai kepeningan):

Is Calais a transport..err..i mean is it a ferry?

Pastu dia gelak and cakap:

'No. Calais is a place'.

Tak ke bunguksss aku. jatuhla maruah aku sebagai bakal chekgu yang berdedikasi..hoho T_T. Rupanya ada penumpang yang beli tiket sampai Calais saja and bukan terus ke Paris. Patut la Pak Cik tu check nama. Tapi last sekali, Pak Cik tu buat tak tahu je.

Alhamdulillah, kitaorang sampai di Eurolines Coach Station, Gallieni (Parc de Bagnolet), Paris agak awal. Lebih kurang pukul 7 lebih. Dan untuk pengetahuan korang, Stesen Gallieni ni dibukak pada tahun 1971 dan namanya diambil sempena nama salah seorang komander angkatan tentera Perancis masa zaman World War 1 dulu. Nama penuh dia Joseph Gallieni. Pak Cik ni la yang mengetuai tentera menyelamatkan Paris dari serangan tentera German dalam 'First Battle of Marne' pada tahun 1914. Pada tahun 1921, dia ni telah terpilih untuk menjadi 'Marshal of France'. Kiranya pangkat tertinggilah dalam tentera.



Pak Cik Gallieni..enchem x?

Rehat-rehat kejap, pastu tibalah masa untuk membeli tiket Metro untuk 5 hari. 28 Euros gak la kena bayar. Perkhidmatan Metro ni ala-ala perkhidmatan Tube kat London ataupun LRT yang ada kat KL Sentral tu. Nasib baik pernah naik tube kat London and LRT sebelum ni. Tak dak la aku perak sangat atau darat orang kelantan kata. hehe.


Petunjuk..petunjuk...


Ni contoh metro map
[Malakoff kat bawah sekali]

Jadi, dari situ, kitaorang pon amik Metro Line 3 sampai ke St Lazare. Kemudian tukar ke Metro Line 13 untuk terus ke Malakoff iaitu stesen paling dekat dengan hotel yang kitaorang tempah, Hotel De La Place. Jalan kaki pon dah boleh sampai. Malakoff ni 15 minit je lebih kurang dari Central Paris. 20++ Euro untuk satu malam is not bad. Alhamdulillah lebih kurang pukul 8 pagi kitaorang pon sampai. dan sekali lagi nasib kitaorang bertuah sebab kat luar hotel tu ada Pekan Hari *bagi aku memang bertuah r!*. Orang Kedah panggil Nat. Ala-ala pasar malam di siang hari. Kebetulan pulak hari Ahad. Sebijik macam kat kampung aku jugak. (Ini menguatkan lagi assumption penulis yang nenek moyangnya memang berasal dari France =O..lalalala)



Keadaan Pekan Hari di Malakoff dari Theater 71
[Theater 71 ni merupakan tempat orang tengok wayang..hehe..Malakoff ni nampak ja macam pekan kecil. panggung wayang pon ada beb =O]

Akhirnya, 10 Euros berjaya dikorbankan untuk mendapatkan dua bijik beg tangan yang best dan cantik gila. Khas untuk Mak Cik dan Tok aku. Sebab untuk mak awal-awal lagi aku dah beli masa jalan-jalan kat Nottingham. Baju-baju dan kain kat sini cantik-cantik. Dah la labuh-labuh. Dan kebanyakan penjual selain bercakap bahasa French, depa jugak bertutur dalam bahasa Arab. Percaya tak, dengan bercakap sepatah dua macam 'Syukran' dan 'Afwan' (Assalamualaikum tu of course la), kita boleh dapat pengurangan harga yang mendadak.

Penulis merasa sangat bersyukur kerana pernah belajar bahasa Arab kat sekolah dulu. Apa lagi, tembak je perkataan yang masih melekat di kepala. =). Hasil pembacaanku sebelum ini menyatakan memang kebanyakan perkataan French berasal dari perkataan bahasa Arab. Subhanallah! Ada kaitan dengan zaman kolonisasi dulu-dulu. Korang boleh la tengok kat LINK ini ye...tak elok kalau chekgu yang kena spoon feed selalu ni. nanti tak maju..*tiber*

Kemudian setelah agak penat memandang beg-beg serta baju-baju yang bergantungan dan sebelum lebih banyak Euros yang bakal dikorbankan, kitaorang pon decide untuk bertolak ke Musee Du Louvre memandangkan check in hanya boleh dilakukan selepas pukul 12 tengahari. Nak tengok apa? Tentulah Potret Mona Lisa yang disebut-sebut tu. =). Elehhh..hebat sangat ke? Next post la sebab penulis banyak lagi barang tak dikemas ni. Ok. Jumpa dalam entry akan datang.

Wassalam.

::Perkena nescafe sat!::



Salam satu ummah!

masa post ini ditulis: 12.30 pagi (UK) dan 7.30 pagi Malaysia oh tanah airku.

suasana: rehat sekejap. di depan laptop sambil ditemani flatmate hafizah yang dah tertidor di sebelah kiri. sebelah kanan pulak ada 2 set nota Second Language Acquisition yang perlu dihabiskan..waaaa T_T

suhu: suam-suam kuku. tah nape malam ni panas semacam je bilik ni. selalunya sejuk..huhu (tapi better panas. kalau sejuk, terbayang 'benda' lain pulak......)

tujuan post ini: nak promote kuliah je sebenarnya.


DEMAM World Cup dah bermula...




Isu hot sekarang berkaitan DEMAM ini: Judi yang diHALALKAN...

Boleh ka?? Apa kata anda?

ini pula adalah stand penulis:

J.U.DI -----> J angan U bah D alil I lahi !!!!!!!!!!!!!!!!!!!:

"Hai orang-orang mu'min! Sesungguhnya arak dan judi dan berhala dan azlam (tenung nasib) adalah keji, berasal dari perbuatan syaitan; oleh kerana itu jauhilah, supaya kamu beruntung". (Al-Maidah:90)


nak tahu lebih lanjut? Jom kita tanya yang pakar!

jadi jom join kuliah di bawah!



Okie dokie. dah pakat perkena nescafe secawan sambil baca post ni? jom pakat sambung studi pulak! semoga bermanfaat na.

Wallahualam.


::sedikit------> bermanfaat::



Assalamualaikum semua. Post kali ni agak ringkas memandangkan penulis sangatlah pura-pura sibuk untuk menghadapi examnya pada 14 Jun ni. harap semua dapat doakan ye =))

Just nak share satu nasihat yang best. sebenarnya peringatan untuk diri penulis jugak yang asyik lupa sahaja (maybe kes termakan semut dalam minuman masa kecik-kecik dulu..huhu..)

~Kejayaan bukan hanya bergantung kepada berapa banyak usaha kita tetapi lebih penting berapa banyak keBERKATan usaha kita tu ~

cth: punyala nak usaha banyak (baca: studi berjam-jam) sampai lewatkan solat..manala nak cari keberkatan tu??



di mana-mana sahaja, solat wajib ditunaikan..


haaaa...ada satu pesanan lagi [Erma (nama sebenar) yakni kawan si penulis suruh masukkan. sekali dengan link blog dia. jadi silalah follow dia. lalalalalala]

~ Kita hanya mampu berusaha untuk berjaya, tetapi untuk memastikan kita ni benar-benar berjaya, bukanlah kuasa kita ~

okla..setakat ni dulu..penulis nak sambung baca notes Oracy jap. moga bermanfaat untuk semua, insyaAllah..

wallahualam...

::JUNIOR-JUNIORKU! KORANG MEMANG WOW!::



assalamualaikum..

Post ni khas aku tulis untuk junior-junior aku (TESLIAN YANG GEMPAK) yang baru dapat keputusan sebentar tadi.. alhamdulillah, semua dapat result kaler terbang!

tahniah diucapkan. korang memang terbaek r! VIDEO ni khas untuk korang semua!

teringat pulak aku pada kisah setahun yang lepas. (tatau la kalau korang rasa ke tak. ni la yang akak rasa dulu)

simptom-simptom yang dihadapi aku semasa desas-desus serta khabar berangin yang mengatakan result akan keluar :

1. rasa nak tukaq no henpon supaya tak dapat dihubungi. kalau nak tukaq fon memang la aku tak dak duet. masa zaman tu, aku tak buat lagi account FB ni. kalaulah dah buat, tah-tah berbulan deactivate kot supaya aku hilang dari peta dunia.

Ini adalah cara berhemah untuk mengurangkan rasa bersalah sekiranya nak buang fon.

2. yang peliknya, makan semakin banyak pulak. yela. apa pon yang terjadi, hidup mesti diteruskan. kemaslahatan perot juga mesti dititikberatkan *tiber*

3. bila sedara tanya: Result keluaq bila? aku akan jawab, insyaAllah tak lama lagi. tapi yang paling penting adalah ayat ni: JANGAN LUPA DOA KAT SAYA NA! TAKUT LA. TAK TENTU LAGI NI (sambil merenung serta mengingat masa aku muda-muda dulu yang asyik tidoq ja. haih. tula orang suruh studi betul-betul tak nak. sekarang baru nak takut segala)

4. berjaga-jaga dengan sebarang no yang dikenali eg: no maktab, no lecturer dan harapnya supaya sekadar dapat SMS saja daripada dikol terus. kalau kol kena dengaq. kalau mesej, baca je [purak-purak cool]

tu sebelum dapat result la. lepas dapat, alhamdulillah. ni pulak aktiviti yang aku buat:

1. tulis surat kepada sapa sahaja yang aku rasa boleh sumbang dwet kat aku. serius ni. sampaikan MB pon dapat gak surat aku tu. hehe..hasil lumayan!

2. cari kerja. alhamdulillah dapat kerja sebagai chekgu sandaran aka chekgu ganti kat sekolah rendah tapi tak sampai sebulan pon sebab aku sibuk sangat dengan urusan buat visa dan program pre-departure. ambik cuti selalu. tapi gaji RM 1000 jugakla dapat hasil titik peluh sendiri. hehe. boleh baca kat post INI dan INI.

3. kenduri kesyukuran. sebab Allah SWT kan dah janji sekiranya kita bersyukur, maka Allah SWT akan tambahkan lagi nikmatNya. so, untuk adik-adik yang nak buat kenduri nanti sila hubungi talian ni : 0194168779 ok! tapi selepas 6 julai ye. harap maklum. hehe. *muka tak segan langsung..huhu*

4. alert dengan sebarang emel yang masuk. takut terlepas benda penting. masa ni la start kenal senior yang banyak bantu kitaorang iaitu saudara Akmal Amri . memang banyak post kat LINK ni yang bantu kitaorang tambah-tambah masa nak pilih accomodation.

hehe. so, sekarang aku pulak patut berbakti untuk junior-junior yang bakal datang. so korang semua, kalau ada apa-apa nak tanya, jerit je kat FB atau my YM ok! and boleh jugak kalau nak throw question kat YahooGroup kita ea. insyaAllah kitaorang akan tolong sedaya upaya untuk bantu korang! Lagi best kalau kita dapat jumpak kat WOW! ada ole-ole nak bagi kat korang ni. hehe.

yayy! aku bergelar KAKAK tahun depan..=))

ok. sekian. sayang semua! ececece.