Haramkah membaca doa awal dan akhir tahun??



Assalamualaikum....alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T yang masih meneguhkan hati ini untuk berada di jalanNya, mengurniakan nikmat terbesar, iman dan Islam... selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W beserta para sahabat yang telah berjuang fisabilillah sehingga Islam yang kita cintai mengharum di seluruh dunia serta tidak lupa buat semua pejuang agama ALLAH di mana sahaja berada. semoga berada dalam keredhaan Allah S.W.T.

Alhamdulillah, tahun baru hijrah 1431 h is here (waktu di motherland...hehe..uk, jap ag). So, yesterday, i took an initiative to upload the photos of 'doa awal tahun' and 'doa akhir tahun', just to remind the others and myself as well..(kununnya nak dakwah melalui FB). Then, i got a message from kak Dina:

salam farahin. jzkk sbb tag akak. akak sebenarnya tengah try cari hadith or apa2 nas yg berkaitan dengan baca doa awal tahun akhir tahun ni. kalau farahin (atau sesiapa) terjumpa, bgtau eh. saje je nak tahu. beramal biar dengan ilmu :) salam maal hijrah!

so its better to ask from the scholars themselves, rite? so this was what happened...hehe

salam abang jo.. nak minta pendapat pasai doa awal taun and akhir tahun ni.. macam2 pendapat y saya dengaq...ada dalil2 ke??

So, abang jo has sent me an email and to YG iluvwarwick as well. let me share wif you'll the answer..hehe...(sory ye sbab pakai tag je..lalalalala)..i know the explanation is quite long (or too long???), but please bear wif me for a while, ok??

Jawapan:-

InsyaAllah jawapan akan terbahagi kepada dua. Satu adalah penjelasan terkait pembahagian bid’ah dan kedua adalah hubungkait dengan masalah doa akhir tahun yang ada..

PEMBAHAGIAN BID’AH

PERTAMA

Bid’ah yang tidak berdasar sama sekali. Inilah yang dimaksudkan oleh Rasul saw dalam sabdanya, “Setiap yang dibuat-buat (baru) adalah bid’ah, dan setiap bid’ah itu sesat”. Dan sabdanya, “Barangsiapa yang mengada-adakan hal baru dalam urusan (agama) kami ini, padalah bukan termasuk darinya, maka ia tertolak”. Dan, di antara syaratnya adalah berkenaan dengan urusan agama. Adapun yang terkait dengan urusan keduniaan, maka kaum muslimin boleh merancang hal-hal baru sesukanya yang dapat membantu mereka dalam hidup dan menegakkan agama mereka sejalan dengan kehidupan yang terus berubah.

Imam Al-Banna menyatakan dalam prinsip kesebelas dari dua puluh prinsip “Segala bentuk bid’ah dalam agama yang tidak mempunyai dasar rujukan, tetapi dianggap bagus oleh hawa nafsu manusia, baik berupa penambahan mahupun pengurangan, adalah kesesatan yang wajib diperangi dan dibenteras dengan menggunakan cara yang sebaik-baiknya, yang tidak menimbulkan kerosakan yang lebih parah”.

Imam Asy-Syatibi menyebutkan dalam kitabnya Al-I’tisham bahawa kata akar bada’a digunakan untuk erti penciptaan hal baru yang tidak ada contoh sebelumnya (inovasi), sebagaimana firman Allah swt “Allah pencipta langit dan bumi” (al-An’am: 117). Setelah itu, ia menyebutkan bahawa di antara bid’ah-bid’ah hakiki (tiada dasar rujukan) adalah “berdalih dengan takdir, mengingkari hadith Ahad, pendapat tentang ma’shumnya (keterjagaan dari dosa) seorang imam, dan sejenisnya”. Ia juga memberikan beberapa contoh lain tentang bid’ah yang tidak memiliki dasar rujukan. Ia berkata, “Misalnya, kerahiban (menghindari dunia sama sekali) yang dihilangkan oleh Islam (Islam melarang), pengebirian (menghilangkan syahwat seksual) bagi orang yang takut berzina, dan beribadah dengan cara sengaja berdiri di bawah terik matahari”. Menganjurkan manusia untuk melakukan hal-hal seperti itu tidak dibenarkan, kerana ianya tidak mempunyai dasar rujukan dalam syariat dan tiada satu pun dalil yang menganjurkan hal tersebut.

KEDUA

Yang dimaksudkan Imam Al-Banna adalah bid’ah yang mempunyai dasar rujukan dalam agama, tetapi dicampuri dengan bid’ah dalam hal tata cara, penentuan waktu, pengaturan, komitmen pelaksanaannya dalam waktu-waktu tertentu yang tidak ada dalilnya, atau yang sejenisnya.

Tentang ini, Imam Al-Banna menyatakan dalam prinsip kedua belas, “bid’ah idhafiyah, bid’ah tarkiyah dan bid’ah iltizam (menentukan waktu, tempat dan jumlah bilangan) terhadap ibadah-ibadah yang muthlaqah (ibadah yang tidak ditentukan waktu, tempat, dan bilangannya) adalah masalah khilafiyah dalam bab fiqih. Setiap orang mempunyai pendapat dalam masalah tersebut. Namum tidaklah mengapa jika dilakukan penelitian untuk sampai pada hakikatnya dengan dalil dan argumentasinya.

Di antara bid’ah idhafiyah adalah membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat. Tambahan model (cara) bacaan surah Al-Kahfi seperti itu tidak terjadi di masa Rasulullah saw. Dalam konteks masyarakat melayu adalah bacaan Yassin pada malam Jumaat. Contoh yang serupa adalah membaca shalawat kepada Rasul saw dengan suara yang kuat (keras) dari atas menara setelah mengumandangkan azan. Membaca shalawat setelah azan itu ada tuntutannya, tetapi ia dicampuri bid’ah dalam cara pelaksanaannya.

Sebahagian ulama menganggap penambahan ibadah-ibadah sunah yang telah ditentukan termasuk bid’ah idhafiyah. Misalnya, membaca tasbih setelah solat fardhu tiga puluh tiga kali, namum anda membacanya sebanyak seratus kali. Sebahagian ulama menganggapnya bid’ah yang diharamkan, kerana teks dalil telah menetapkan jumlah bilangan. Maka, tidak boleh menambahnya. Sebahagian ulama yang lain mengatakan, bahawa menambah yang baik tidak dilarang. Mereka berhujah dengan sabda Rasul saw yang diriwayatkan oleh Muslim. “Barangsiapa yang saat pagi dan petang mengucapkan subhanallah wabihamdihi sebanyak seratus kali, maka tiada seorang pun pada hari kiamat nanti yang membawa amal lebih utama daripada dia, melainkan yang mengucapkan hal yang sama atau menambahnya”. (hadith riwayat Muslim: 4/2071. Nombor 2692). Hadith ini merupakan seruan dari Rasul saw untuk menambah bilangan yang telah ditetapkan olehnya.

Mengenail bid’ah tarkiyah, sebaiknya kami kutipkan juga dari kitab Al-I’tisham (al-I’tisham 2/42). “Terkadang sesuatu tindakan di halalkan oleh syariat, lalu seseorang mengharamkannya untuk dirinya atau dengan sengaja meninggalkan sama sekali”. Tindakan ini terkadang dilandasi alasan yang dibenarkan syariat dan terkadang tidak.

Apabila dilandasi alasan yang dibenarkan syariat, maka tidak mengapa. Sebab, ia meninggalkan sesuatu yang memang boleh ditinggalakan atau yang diperintahkan untuk ditinggalkan, seperti orang yang mengharamkan dirinya untuk makan makanan tertentu kerana membahayakan fizikalnya, aqal atau agamanya. Juga hal-hal yang serupa dengan masalah tersebut. Maka, ia tidak dilarang meninggalkan makanan itu. Bahkan, jika kita mengatakan bahawa orang yang sakit wajib berubat, maka meninggalkan makanan tersebut juga wajib. Tetapi bila kita berpendapat bahawa orang itu boleh berubat (tidak wajib), maka meninggalkan makanan tersebut juga hukumnya boleh (mubah).

Itu semua terkait dengan tekad menjaga diri dari hal-hal yang membahayakan, sedangkan dasar yang dijadikan landasan adalah sabda Nabi saw. “Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kamu mempunyai kemampuan untuk menikah, hendaklah menikah”. Sampai sabda baginda “Dan barangsiapa yang tidak memiliki kesanggupan, maka hendaklah berpuasa”. (Muslim: 2/1018. Ior: 1400). Iaitu, puasa yang dapat mengurangi syahwat pemuda agar syahwatnya tidak lebih dominant hingga menyeretnya kepada pelakuan yang tidak bermoral.

Demikian juga meninggalkan hal-hal yang tidak mengandungi bahaya, tetapi khawatir kalau-kalau ia dapat menimbulkan bahaya kerana sikap ini adalah sifat orang-orang yang bertaqwa. Juga seperti meninggalkan hal-hal yang masih syubhat kerana khawatir terjatuh pada hal yang diharamkan dan kerana hendak membersihkan agama serta kehormatan.

Bila sikap “meninggalkan” itu tidak dengan alasan-alasan seperti telah disebutkan, maka ia ada dua kemungkinan: terkait dengan agama atau tidak terkait dengan agama.

Bila tidak terkait dengan agama, pelakunya mungkin secara peribadi mengharamkan suatu perbuatan dan bertekad meninggalkannya. Dan, sikap meninggalkan seperti ini tidak dinamakan bid’ah.

Apabila meninggalkan sesuatu perkara itu dikaitkan dengan agama, maka hal itu dianggap sebagai bid’ah. (Misalnya berzikir dengan suara kuat saat menghantar jenazah ke kuburan). Ini merupakan bid’ah idhafiyah dan bid’ah tarkiyah. Dinamakan idhafiyah kerana zikir memiliki landasan syar’i, tetapi pelaksanaannya dalam keadaan tidak disunnahkan. Dan, dinamakan tarkiyah kerana ia meninggalkan sunnah yang mestinya ditetapkan dalam keadaan seperti itu, iaitu sunah diam.

Iltizam (komitmen) dengan suatu ibadah (bid’ah iltizam) adalah seseorang mengharuskan dirinya untuk melakukan ibadah tertentu pada setiap hari, setiap pagi, atau petang, di mana ibadah tersebut mempunyai landasan syar’i.

Namum komitmen (iltizam) melakukan dalam waktu-waktu tersebut tidak memiliki dalil. Contoh, seseorang yang mengharuskan dirinya melakukan zikir tertentu di setiap pagi dan petang, atau seorang khatib Jumaat selalu berdoa untuk khulafah ar-rasyidin dalam setiap khutbahnya.

Sebahagian ulama menganggap hal-hal tersebut termasuk bid’ah yang tidak diperbolehkan, kerana boleh jadi orang-orang yang tidak mengerti akan mengganggap kebiasaan tersebut termasuk hal yang diperintahkan oleh Rasul saw. Akan tetapi, sebahagian ulama yang lain mengganggapnya tidak menjadi masalah, ini kerana agama Islam telah tercatat secara terperinci dalam kitab-kitab yang dapat ditelaah oleh semua orang, sehingga tidak dikhawatirkan akan terjadi kecelaruan.

Sebahagian ulama yang lain berdalil dengan perilaku seorang sahabat Nabi saw yang selalu membaca ‘qul huwallahu ahad’ (surah Al-Ikhlas) dalam setiap rakaat, sebelum membaca ayat Al-Quran yang hendak ia baca dalam rakaat tersebut, dan Rasul saw tidak melarang hal tersebut. Jika, perilaku tersebut termasuk bid’ah, tentunya Rasul saw akan melarangnya.

JAWAPAN: Hubungkait dengan soalan yang ditanya.

Berdasarkan kepada penjelasan terkait bid’ah yang dinyatakan secara terperinci dalam ulasan diawal tadi, kita boleh nyatakan bahawa:-

Tindakan Farahin tag doa awal tahun untuk menganjurkan rakan-rakan berdoa untuk tahun 1431H adalah dianggap bid’ah kerana tidak ada dalil rujukan yang jelas. (anggap tiada dalil pada peringkat ini untuk lebih selamat hingga kita mendapat dalil jelas diperolehi). Ini kerana dari ulasan pembahagian bid’ah yang telah disentu diatas, ianya termasuk perkara baru (bid’ah). TETAPI, amalan ini tidak terjatuh dalam bid’ah pertama yang telah dinyatakan diatas. Ianya termasuk dalam kategori kedua iaitu bid’ah idhafiyah dan bid’ah iltizam.

PERSOALANNYA KENAPA?

bid’ah idhafiyah – kerana amalan berdoa ada dalil yang jelas dalam Islam dan ianya adalah amalan para-para Nabi dan Rasul a.s

bid’ah iltizam – kerana menetapkan waktu berdoa pada hari pertama tahun Hijriah (1431H) sedangkan tiada penetapan waktu mengikut sunnah Rasul saw.

Adakah ianya haram? InsyaAllah tidak jatuh kepada bid’ah yang haram tetapi, dari konteks dakwah dan tarbiyah masyarakat adalah lebih baik untuk dibuat penambahbaikan. Ini kerana, jika hanya tag kosong sahaja dengan poster doa, dibimbangi akan membawa masyarakat merasakan ianya adalah sunnah Rasul saw. Diantara contoh penambahbaikan dakwah dan tarbiyah yang Farahin boleh lakukan adalah dengan meletakkan penjelasan ringkas. Contohnya:- ‘Marilah kita berdoa awal tahun 1431H untuk memotivasikan kita lebih istiqamah dengan ajaran2 Islam’, diantara contoh doa yang ada adalah seperti berikut (poster doa Farahin dalam FB) tetapi tidak semesti doa ini sahaja, anda juga boleh memanjatkan doa apa sahaja kepada Allah kerana amalan berdoa adalah amalan Rasul saw..’ (Contoh la ni).

Secara mudahnya (walaupun dah menjela-jela). Dakwah yang Farahin buat tu dah elok untuk dakwah, ianya insyaAllah bermatlamat untuk masyarakat (minima) merasakan syu’ur kehadiran tahun baru Hijriah 1431H berbanding tahun Masihi. Yang eloknya juga, anjuran ini meletakkan atau mendidik masyarakat untuk menjadikan elemen doa sebagai senjata mukmin terutama dalam mood menyambut kehadiran tahun baru Hijriah 1431H ini.

Kesimpulannya, teruskan sebarang aktiviti-aktiviti dakwah yang ingin dilakukan.. TETAPI yang penting luruskan niat dan lakukan selalu rujukan terhadap kaedah-kaedah dakwah (Fiqhud Da’wah) untuk mengelakkan berlaku salah faham atau kesan yang menyebabkan Islam itu tidak dilihat sebagai satu sistem yang syumul. Dalam bab ini, Farahin melakukan tindakan yang betul dan shahih cuma biasalah kadang-kadang kita perlu bersedia untuk menjawap pertanyaan-pertanyaan dari masyarakat dan memperbaiki kaedah kita berinteraksi dengan mereka.

Doanya, jangan undur diri, teruskan mendidik masyarakat untuk kenal dan merasakan ketinggian Islam itu kerana ummat pada hari ini telah jauh dipesongkan, dibius dan disalahfahamkan oleh sistem jahiliyyah abad ini.

“Wahai saudaraku! Anda dapat mengetahui betapa besar keinginan Imam Al-Banna untuk menjelaskan hal-hal yang mungkin dapat mempersatukan kaum muslimin, baik yang terkait bid’ah mahupun hal-hal lain yang mungkin menjadi perselisihan. Sebagaimana anda ketahui, ternyata hal-hal tersebut tidaklah prinsip dan seharusnya tidak menghalangi semua pihak untuk bersatu dalam satu barisan, demi kemaslahatan kaum muslimin..”

Rujukan:-

‘Syarah Risalah Ta’alim’ – Muhamad Abdullah Khatib & Muhamad Abdul Halim Hamid, Muraja’ah oleh: Syaikh Abdul Mun’im Talib & Syaikh Mushthafa Masyhur.

p/s Jika berminat, boleh ikuti perkongsian_online setiap dua minggu di udara. Poster akan sentiasa dikeluarkan nanti.. email perkongsian_online@yahoo.com untuk mendapat maklumat terkini.

Semoga bermanfaat.

Wassalam


trima kasih ya Allah kerana menyedarkan hamba tentang hal ini....kredit to kak dina y mengutarakan persoalan n kredit jugak to Abang Jo atas perkongsian y sgt bermakna...jzkk..
semoga Allah merahmati kita semua..insyaAllah..

::HIDUP MULIA, MATI SYAHID::

1 comments:

Anonymous said...

salam maal hijrah buat adik farahin..

apa khabar? kak ain syukur sangat farahin share jawapan bro jo di sini. jazakillahkhair atas sharing. semoga Allah menerima amal2 kita semua dan menghapuskan segala dosa2 kita yg telah lalu.

salam dari dublin.
kak ain

Post a Comment