assalamualaikum....alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T yang masih meneguhkan hati ini untuk berada di jalanNya, mengurniakan nikmat terbesar, iman dan Islam... selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W beserta para sahabat yang telah berjuang fisabilillah sehingga Islam yang kita cintai mengharum di seluruh dunia serta tidak lupa buat semua pejuang agama ALLAH di mana sahaja berada. semoga berada dalam keredhaan Allah S.W.T.
sempena pilihan raya kampus yang sedang rancak berlangsung...
pesanan ini buat semua mahasiswa/siswi yang ditaklifkan menjadi qiyadah bagi kampus masing-masing:
pesanan ini buat semua mahasiswa/siswi yang ditaklifkan menjadi qiyadah bagi kampus masing-masing:
Sewaktu Nabi mengiklankan satu jawatan untuk diisi oleh para sahabat, lalu datanglah Abu Zar al-Ghifari memohon jawatan tersebut, melihat yang memohon itu Abu Zar, lalu Nabi S.A.W menyatakan, "Wahai Abu Zar, sesungguhnya engkau lemah, sedangkan jawatan ini satu amanah, kelak nanti di hari akhirat engkau akan akan dukacita dan menyesal ; melainkan engkau ambil dengan selayaknya dan engkau tunai pula amanahnya".
Hadis ini seharusnya menjadi dasar pegangan setiap kita agar tidak terlalu ghairah untuk mendapatkan jawatan, kerana beratnya bebanan yang terpaksa ditanggung nanti. Muawiyah bin Abu Sufyan disaat kematiannya menungkapkan kata-kata masyhur ‘Alangkah sedikitnya bekalan, alangkah jauhnya perjalanan dan alangkah beratnya bebanan’.
Rasulullah juga pernah memberi amaran antara lain mafhumnya "Jangan kamu mendesak untuk mendapatkan jawatan, kerana sesiapa yang mendapatkannya sedang orang ramai tidak meredhainya, maka Allah tidak akan membantunya".
Alhamdulillah, semangat keimanan tersebut telah tersemat kukuh dalam kalangan pimpinan kampus, sehingga setiap kita merasa berat untuk menerima jawatan tersebut. Tetapi kita juga sedar, menerima jawatan dalam persatuan mahasiswa adalah perlumbaan untuk membuat kebaikan dan memperjuangkan Islam. Kita rasa seronok bilamana kita boleh menyumbangkan sesuatu kepada Islam walaupun kita tidak memegang apa-apa jawatan dalam persatuan kita. Betapa ramainya golongan yang ikhlas dalam perjuangan ini sanggup korbankan harta, masa dan tenaga untuk kemenangan Islam, walau mereka tidak memegang apa-apa jawatan dan jauh dari dipilih sebagai calon dalam pilihanraya kampus.
Penulis percaya yang kumpulan Pro-mahasiswa didokongi oleh ahli yang ikhlas, kepimpinan yang wibawa dan kemantapan organisasi yang hebat. Kita sedar musuh amat cemburu dengan muafakat yang kita ada. Mereka cuba memecahkan perpaduan kita, mereka cuba laga-lagakan antara kita, kerana itu kita harus sedar agar tidak jadi jurucakap bagi pihak musuh.
Dalam kebimbangan dan ketakutan untuk menerima amanah ini, kita juga diberi amaran oleh Rasulullah antara lain Baginda mengingatkan sesiapa yang ummah/orang ramai mengharapkan kepadanya untuk menjaga maslahah mereka, lalu dia melarikan diri ( enggan menerima) maka aku tak ingin berjumpa dengannya nanti di padang mahsyar. ( Nauzubillah)
Oleh itu pertimbangan yang wajar ialah berada di antara takut dan harap. Takut Rasulullah murka, dan harap Allah bantu dengan amanah ini.
Oleh itu menjadi tanggungjawab pimpinan mahasiswa yang menerima amanah ahli bawahan meneliti dengan keilmuan, menolak sentimen dan emosi, meletakkan kepentingan persatuan di hadapan agar membuat pilihan yang sebaik-baiknya bagi menerajui kepimpinan kampus masing-masing.
Namun kemungkinan pilihan kita bertepatan dengan pilihan ramai, lalu yang kita cadang menerima amanah; atau mungkin juga berlaku sebaliknya. Kita harus sedar, setelah diputus oleh persatuan maka kita mesti wala’ kepada kepimpinan yang dipilih. Perlantikan sebagai pimpinan menuntut kita taat dan wala’ kepadanya ‘ walaupun dari hamba berkulit hitam, berbangsa Habashi sekalipun’. Ini lebih penting dari pemilihan, kerana soal pemilihan boleh selesai dalam sehari, tetapi soal wala’ akan berpanjangan sehingga pilihanraya kampus akan datang.
Kepada yang terpilih menerajui kepimpinan mahasiswa di unversiti, ingatlah akan doa saidina Umar alKhattab “ Ya Allah, engkau telah bebankan aku dengan bebanan yang berat di dunia, maka janganlah engkau bebankan pula aku dengan bebanan yang berat diakhirat”.
di sini, penulis ingin mengucapkan sekalung tahniah buat kumpulan Pro-Mahasiswa yang telah mencatat sejarah menguasai 11 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan di UMT.
wallahualam...
p/s: tak sabar juga nak mengikuti perkembangan pilihanraya IPGM kampus Ipoh...dengar kata JPP akan dibubarkan sekitar bulan 3-4. Semoga ada gelombang perubahan yang bakal berlaku...
:HIDUP MULIA MATI SYAHID::
1 comments:
salam farahin,
ada perubahan skit. baru ni firdaus pegi meeting dgn timb pengarah bersama jpp lain, katanya jpp akan dibubarkan bulan 7.
wallu'alam
Post a Comment