Tarbiyyah dari sebuah dapur



assalamualaikum....alhamdulillah, segala p
uji bagi Allah S.W.T yang masih meneguhkan hati ini untuk berada di jalanNya, mengurniakan nikmat terbesar, iman dan Islam... selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W beserta para sahabat yang telah berjuang fisabilillah sehingga Islam yang kita cintai mengharum di seluruh dunia serta tidak lupa buat semua pejuang agama ALLAH
di mana sahaja berada. semoga berada dalam keredhaan Allah S.W.T.


ini cerita semasa saya berada di IPIP. maaf kalau ayat agak skema. saya sedang berlatih untuk menggunakan bahasa Melayu yang betul.

semasa mula-mula menyertai Biro Agama (tahun 2008 kalau tidak salah saya), saya telah 'apply' untuk menjadi AJK Lujnah Makanan. bagi saya, ini mungkin salah satu cara saya untuk mengenali sahabat-sahabat lain yang berlainan kos dan melalui ini juga, saya dapat juga sumbang sesuatu kepada Islam. bak kata Ustat Hasrizal, 'erti hidup pada memberi'. alhamdulillah, Allah takdirkan, saya dapat.

saya rasa sangat seronok mengenali sahabat-sahabat di Lujnah Makanan dan sahabat-sahabat Biro Agama yang lain. kak nora, ima,kak di,lela, along, jibah, wani, zura. saya sangat rindukan mereka. AJK makanan antara golongan yang akan paling sibuk semasa diadakan majlis ceramah atau iftar jamaie di Balai Islam Al-Hidayah. selain pengisian yang ditekankan, antara benda penting yang akan ditanya kepada Lujnah Makanan sebelum majlis berlangsung:

barang dapur dah beli?

budget ok x?

makanan cukup?

makanan dah 'settle'?

nak cater 300-400 orang dalam satu masa. ini bukan kerja main-main. para batalion AJK Makanan kena siap dari segi mental dan fizikal. semasa yang lain mendengar pengisian, kami akan bertenggek di luar tempat solat, mengendap dari tingkap (sambil sediakan makanan, sambil curi dengar ceramah)...dapat dengar sikit-sikit pun tidak mengapa. bohonglah kalau dikatakan yang kami tidak teringin untuk bersama-sama yang lain mendapatkan pengisian dari sang penceramah tetapi kami tiada pilihan. alhamdulillah, sahabat-sahabat yang lain tidak pernah mengeluh walaupun tidaklah dapat dengar pengisian sepenuhnya. antara skrip yang akan dilontarkan kepada sahabat-sahabat yang mendengar ceramah:

'erma, salin isi ceramah tau..nanti kami pun boleh baca..'

'ika, nanti citer kat aku balik na ustat tu kata apa...'


~Sekadar hiasan~

walaupun tidaklah sama dengan dengar 'real' ceramah, kami semua tidak kisah asalkan tetap dapat serba sedikit tentang isi ceramah. jadi selepas tamat ceramah dan solat Isyak berjemaah, semua pelatih akan berpusu-pusu keluar ke bahagian belakang surau untuk menjamu selera. apabila makanan dihidangkan, kami akan rasa sangat seronok melihat pelatih-pelatih dan jemputan berselera menikmati juadah yang disediakan. kami pula yang rasa kenyang. kadang-kadang, apabila makanan yang disediakan tidak cukup, kami diajar untuk dahulukan bahagian kami...saya masih teringat kata-kata kak nora, “ Para pelatih yang penting. Dahulukan orang lain dulu. Kita tak dapat lagi makanan pun tak pa".

AJK makanan juga menjadi golongan paling awal akan datang ke surau untuk sediakan makanan dan golongan paling lambat akan tinggalkan surau untuk kemaskan semula. Sampai pkul 11, 12 tengah malam, baru kerja-kerja mengemas, membasuh selesai. Kadang-kadang, esok tu kena hantar asimen. Letih memang la letih. Tapi bila melihat semangat sahabat-sahabat seperjuangan yang masih mampu tersenyum biarpun keletihan, alhamdulillah, saya jadi kuat. macam mana penat pun, kena senyum! ikhlaskan diri! penat-penat tu mental ja!

Kerana apabila kita merendahkan diri berkhidmat untuk orang lain, mengagahkan diri untuk senyum ketika keletihan, membuang ego untuk membasuh tandas, menyapu lantai, memakai apron, secara automatik diri kita akan terbentuk menjadi seseorang yang lebih mulia di sisi Allah.

Bukanlah niat saya bercerita untuk menunjukkan kebaikan-kebaikan yang telah kami di Lujnah Makanan telah lakukan. Nauzubillah sekiranya terdetik walau sedikit. cuma saya nak timbulkan persoalan untuk difikirkan. siapa kata tarbiyyah hanya akan kita dapat kalau sertai Lujnah Tarbiyyah saja???(bukanlah saya menyalahkan Lujnah Tarbiyyah..hehe). Saya mengenali erti tarbiyyah di dapur AJK Makanan.

wallahualam..

::HIDUP MULIA MATI SYAHID::

3 comments:

ana_MUSLIMat on January 17, 2010 at 10:50 PM said...

salam....betul dik...akk sok 200%...ajk makanan bnyk mentarbiah ana sehingga ke tahap ni...indahnye nikmat Allah itu.....

Anonymous said...

.betul3x ..(gaya upin & ipin)..selain tu, tarbiyah dari dapur IPIP lah juge menjadi pemangkin untuk cik farahin pandai masak sampai sekarang..x gitu cik farah =)

* tapi betul.. kadang2 bila kita sanggup berkorban untuk membahagiakan orang lain, kita akan merasa puas, gembira dapat membantu hamba Allah yang lain ..sedar x sedar , Allah akan mudahkan urusan kita dengan cara orang lain turut membantu kita di kala kita susah .. erti hidup pada memberi ..berilah sebanyak2nya selagi hidup di dunia..semoga setiap amalan kita akan memberatkan mizan di mahkamah mahsyar kelak ..ameen

farahismail on May 20, 2010 at 9:41 AM said...

@kak nora: rindu antunna semua T_T

@qilah: insyaAllah..ameenn..

Post a Comment