start minggu ni aku akan mula sibuk. [sebenarnya start dari minggu lepas lagi..lalalala]
nak studi. exam tak sampai seminggu lagi. makin banyak pulak teori bercampur aduk dalam kepala. tak campur lagi dengan nama orang yang buat teori tu yang susah nak sebut. sampai sekarang teori tu masih tak dibuktikan. mereka still search apa yang berlaku dalam otak manusia dalam proses untuk acquire the language. ada yang kata language is a formation of habit. ada pulak yang kata language is learnt using and derived from the innate mental capacity in our brain. bagi aku, jawapannya mudah. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Ya Allah, mudahkanlah..
alhamdulilllah, tak sia-sia usaha call adik-adik for the whole week dan menjejaki FB mereka. ramai jugak yang telah mendaftar. musim-musim exam ni, promosi WOW tak boleh tinggal. tambah-tambah tempat dah hampir penuh. kena urge adik-adik untuk bayar yuran cepat-cepat ni.
Kempen ni start dari 2 Jun hari tu dan insyaAllah tamat pada 14 Jun. setelah 5 hari, kutipan mencecah GBP 900 ++! Allahuakbar! targetnya GBP 2000 bakal diperoleh pada 14 Jun nanti. Mungkin lebih, insyaAllah. kagum aku pada hati para hamba-hambanNya yang masih yakin akan firman Allah SWT dalam surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud:
"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.
Juga satu hadis daripada kekasihNya, Rasulullah saw:
"Tangan itu ada tiga: tangan Allah paling atas, berikutnya tangan pemberi, dan tangan peminta paling bawah. Maka berikan kurniamu dan jangan lemahkan dirimu." (Al-Wasail 6: 263, hadis ke 4)
plan ke Paris. alhamdulillah tiket Coventry-London (one way. i got it for 1 pound) dan London-Paris (return) dah beli. tiket dari London ke Coventry masih tak menentu. sekejap 1 pound. sekejap 4 pound. haih. duhai tiket, tolongla beristiqomah sekejap *sigh*. nak tidor mana? tula pasal, pasal hostel pon satu hal jugak. kena bajet betul-betul. punyala la banyak search untuk hostel kat Paris sahaja sampaikan sekarang aku dah boleh hafal mana tempat tu kat Google Map. huhu. kalau amik Geografi, mesti lulus. hehe.
tak sabaq menanti 6 julai. Baru telefon family semalam. dah ambil tempahan untuk barang yang bakal dibawa pulang. alhamdulillah, memang dah atur bajet awal-awal untuk barang-barang famili. semoga aku tidak boros dan membazir ya Allah..ameen.
sekarang siang lebih panjang dari malam. alhamdulillah dah 4 kali (hari ini kali ke-4) aku berpuasa sunat bersama kawan-kawan kat sini sebab aku bakal menyambut bulan Ramadhan di Malaysia nanti. insyaAllah. so takkan rasa pengalaman puasa lama kat oversea. agak menduga iman. dari pukul 2.45 pagi sampai 9.30 malam macam tu. 19 jam jugak kena redah. inilah pengalaman. Allah, janganlah Engkau biarkan aku bukak Mesra.net atau MyResepi terlalu kerap...isk..isk..
Setakat ini dulu update. Semoga Allah SWT memberkati perjuanganku dalam medan peperiksaan dan sahabat-sahabat di luar sana yang juga bertarung dalam medan peperangan menentang Yahudi laknatullah.
Allah, mudahkan urusan kami semua selagi tak bertentangan dengan syariatMu ya Allah. ameen.
p/s: tengah tulis entri ni, tiba-tiba dapat satu lagi call. alhamdulillah, Anis habaq yang Paan dapat Institut Pertanian. Alhamdulillah. mesti mak ayah seronok. ni yang buat aku semangat nak belajaq ni =)).
wallahualam.
0 comments:
Post a Comment