::HaRi GuRu::



salam satu ummah!

ini kisah perjalanan hidup saya sebelum menjadi 'saya' pada hari ni.. sejak kecik sampai besaq, kita mudah sangat nak bertukar-tukar cita-cita kan. we learn from our observation. experiences themselves teach us a lot! okla..intro cam panjang pulak..bear wif me i
f its too long for youll to read. Just my two cents. enjoy! =)

AL-KISAHNYA....

Masa saya umur 5-6 tahun dulu (masa tu belajar kat PASTI)..bila orang tanya nak jadi apa bila besaq nanti, saya cakap nak jadi ustazah..seronok dengaq ustazah mengajaq..kalau hari guru ja boleh dapat payung free (percayakah anda, dua tahun saya belajaq kat PASTI tu, setiap kali hari guru, saya akan hadiahkan payung kat ustazah sebab payung kan macam-macam corak..cantik =)).

kemudian saya naik sekolah rendah, saya nak jadi ahli perniagaan. sebab apa? sebab bila saya start belajaq Sirah Nabawiyyah dalam Pendidikan Islam, saya jadi kagum dengan Saidatina Khadijah R.A. Ahli Perniagaan yang berjaya kan? So, saya pun start jual sticker-sticker. untung banyak jugak. lepas tu ada orang jeles lalu pi ngadu kat chekgu yang saya berniaga kat sekolah..isk..isk.. perniagaan saya pun bankrap. bukan setakat gulung tikaq..tikaq pun lesap.
T_T

selepas tu, naik sekolah menengah, saya mula minat dengan bidang sains tambah-tambah ramai sen
ior yang ambik medic kat overseas. teringin la nak pi jugak. so, lepas dapat result SPM, alhamdulillah subjek sains saya tak dak la teruk sangat. so, saya pun start mintak course2 berkaitan sains. Satu hari mak saya cakap kat saya dan kakak kembaq saya:

"Mak rasa adik denga
n kakak sesuai jadi chekgu ni. Tak payahla nak minta bidang sains. Susah nanti. jangan lupa isi borang mintak chekgu. dah keluaq iklan dah."

masa tu saya macam sedih jugak sebab saya memandang tinggi bidang sains dan saya tak berapa minat nak jadi chekgu. tapi saya akur dengan mak. so saya ngan kakak saya pun isilah borang tu. pilihan pertama kami berdua adalah TESL. pilihan kedua adalah PIAQ/Bahasa Inggeris/Bahasa Arab (3 serangkai). tapi borang nak minta bidang sains pon isi jugak..lalala

oleh kerana result mintak chekgu keluaq lambat sikit, saya pi du
lu USIM dan ambik Tamhidi Sains dan Teknologi. tentula saya seronok tak terkata. bidang sains tu! bila result BPG keluaq, alhamdulillah saya dan kakak saya dapat tawaran.(bak kata orang-orang tua, masin mulut mak =)) tapi kos tak sama. saya dapat TESL. kakak dapat PIAQ/Bahasa Inggeris/Bahasa Arab. saya jadi confuse sama ada nak pi ke tak sebab saya minat sangat bidang sains ni. then, the best thing, saya buat solat istikharah... (jangan ingat nak kawen saja baru nak buat. heh) mak pun pujuk suruh ambik bidang keguruan ni. saya akur lagi.

then, saya sambung belajaq kat IPGM Kampus Ipoh. lain sangat situasi dia dengan uni. kemudahan uni macam mewah sikit berbanding maktab. bayangkan hari first saya tinggal kat asrama dalam keadaan bergelap kerana rupa-rupanya lampu tak berfungsi. adess. lepas tu kena pindah ke blok asrama yang lebih jauh sambil mengangkat tilam yang sangat berat. masa tu rasa menyesal pun ada. tu tak kira lagi dengan siling yang bocor. huhu. tapi tak lama lepas tu, semuanya berubah bila saya dah start belajaq dan kenal kawan-kawan. saya mula jatuh cinta dengan bidang perguruan ni. walaupun sesetengah orang memandang kerjaya ni sebagai biasa, saya tak kesah.

kebetulan waktu
cuti sebelum fly hari tu, saya sempat jadi cikgu ganti kat sekolah rendah kat rumah saya.


cikgu skola rendah saya yang menjadi rakan sekerja saya masa saya jadi cikgu ganti dulu.. hehe

baru saya tahu penat jugak bila jadi chekgu tapi bila tengok muka anak-anak murid yang bersemangat nak belajaq, saya jadi kuat. saya tahu, mak ayah mereka pun taruh harapan tinggi kat golongan yang bergelar guru untuk mendidik anak-anak mereka. kadang-kadang jumpak tengah jalan, ada sahaja benda nak diberi. goreng pisang, cucur ubi. (saya ni pantang sikit tolak-tolak makanan ni. lalu dicapailah makanan tu dengan muka penuh malu kucing..huhu)

Sekarang saya mengakui yang saya tak malu nak mengaku yang alhmdulillah saya bangga menjadi seorang bakal chekgu untuk bakal anak-anak didik saya nanti! buat semua chekgu-chekgu yang pernah mengajar saya di PASTI Sungai Limau, SK Sungai Limau, SMKA Yan, USIM, IPGM Kampus Ipoh dan skrg, Uni of Warwick, Happy Teacher's Day!

khas buat Mr Earnest..banyak membantu dan memberi semangat...

dan tak lupa jugak untuk semua bebudak KPM yang amik bidang ni. anda semua memang WOW! semoga kita dapat perbetulkan niat kita semula untuk masuk ke bidang ni. insyaAllah!

wallahualam..

1 comments:

Anonymous said...

salam ziarah farah (^_^)

tersentuh hatiku baca entry ni "kami ber7"

actually, I do feel the same when it's spoken by others..

what's wrong with that? for me it's a symbol of tight Ukhuwwah...(^_^)

~kita tak akan mampu puaskan hati semua orang but don't ever let that things "damage" our ukhuwwah ..~

Allah knows best ..

luv u fillah ..salam sayamg dari first floor lp =)

Post a Comment