::Kenapa korang ni asyik bertujuh ye?::



assalamualaikum semua..

dah lama nak tulis entry ni. tapi tak dapat nak cari masa yang sesuai. dan saya harap sangat entry ni tak menyinggung sesiapa. just wanna clarify certain things. and thanks for those who are really concerned about us, "Geng Bertujuh" tu..its not us who claim such thing. others are the better observer maybe.


Kenapa korang ni asyik bertujuh je? Korang tak boleh pisah ea?

Korang ni tak bercampur dengan TESL lain ke? Asyik dalam group korang je...

How about the locals? Why dont youll mingle around? especially with them?


kami bermula dengan baik pada awalnya. setelah sampai kat sini, kami diberitahu akan ada Freshers Camp. So, saya menjadi orang tengah. bertanya kawan-kawan siapa yang berminat nak ikut. Last-last kitaorang "BERTUJUH" jugak + anuar + afiq yang nak pergi. im sorry if the news was not really being spread out. i thought i have done my job. i couldnt force others if theyre not going. saya paham. masa tu saya dan kawan-kawan yang lain pon baru sampai kan. then nak set up semua benda. kat FC kami dapat kenal kawan-kawan dan akak-akak dari uni lain. dan kebanyakannya buat A Levels kat KYUEM. masa tu saya sangat seronok. sekurang-kurangnya, kami TESL takkan dicop lagi sebagai group yang tak bercampur dengan yang lain. (kami dah lali dengan pelbagai gelaran di maktab) . bagi saya, dengan hadirnya kami semua di apa-apa program dapat represent TESL as a whole.

masa tu tak dengaq apa-apa lagi pasal kitaorang yang dikatakan terlalu assobiah. then bulan 11 camtu, keluar iklan PUISI. sekali lagi saya jadi orang tengah. niat di hati sekadar nak tolong. bukan nak dapat nama. tak terfikir langsung camtu. kalau ada terdetik tanpa saya sedar, saya pohon ampun sangat-sangat pada Allah SWT. Saya pon tolong hebohkan kat kawan-kawan yang lain. tag kat FB. ajak diorang and terangkan kat diorang yang sambil berjalan, kita boleh dengar pengisian. last-last yang pergi tetap kitaorang "BERTUJUH" jugak + Kayla. so, tak pa. sekurang-kuranya kitaorang dah berusaha nak ajak. bersangka baik dengan kawan-kawan yang lain. mungkin diorang ada rancangan lain. we cant force people, rite?

then, untuk Term 2 banyak lagi program. contohnya pertandingan nasyid, NISE kat Leeds. kebanyakan TESL muslimat terlibat dalam pertandingan ni. daripada kitaorang "Geng BERTUJUH" (Seperti yang dicop orang T_T), Arah sahaja yang masuk bertanding. Kitaorang yang lain bertindak sebagai penyokong except Aireen (dia tak pergi masa ni). sehari sebelum tu kitaorang sibuk siapkan banner. rasa semangat ni. kawan-kawan TESL lain pon masuk. seronok. sekurang-kurangnya, kitaorang bukan lagi Geng Bertujuh. kitaorang merge jadi group yang besar. walaupun ada ja muslimat TESL yang tak pergi (tiket agak mahal waktu tu), kitaorang tak kesah pon untuk pergi. sebab nk bagi sokongan kat kawan-kawan dan nak jumpa kawan-kawan dari uni lain. then, kat Leeds kitaorang tidor rumah Kak Fariha (first time kenai). dapat jumpa Kak Ain, Kak Saidah, Kak Husna yang dulunya dah jumpa waktu kat FC. Masa tu rasa seronok sangat.

then Mnite pon muncul. masa awal-awal dulu, Su dengan Arah ada bagi nama jugak untuk dikir barat tapi last-last tarik diri. (Sebabnya? biarlah kami ja yang tau). kebetulan kitaorang tak involve langsung dengan Mnite ni. dah dapat rasa aura yang kitaorang ni kununnya tak nak involve langsung dgn program camni. di pihak saya sendiri, saya ada prinsip. kalau program tu terang-terang tak kena dengan prinsip saya, saya takkan involvekan diri. Maaf. tapi kitaorang still beli tiket untuk pergi tengok. bukan maksud kitaorang menyokong. (ada sesetengah, terus tak datang. tapi yang tu orang lain tak nampak. kalau kitaorang tak datang, semua pasti bercakap. jahat sangatkah kitaorang ni?) bayangkan, esoknya ada NEXT. malam tu jugak selepas Mnite, kitaorang terus pi Pool Meadow. Bas dalam pukul 1 pagi. kalau nak ikut boleh ja nak amik bas awal. tapi memandangkan kedatangan kami ke Mnite "sangat-sangat diconcern oleh orang lain", so kami sengaja amik tiket lambat. Maaf kalau saya agak mengungkit di situ. tapi tolonglah. apa lagi yang patut kami buat untuk puaskan hati semua orang?

then untuk NEXT pulak, sekali lagi seminggu sebelum tu, kitaorang surveykan tiket bas untuk kawan-kawan yang lain kot-kot berminat nak ikut pergi sana sebab kitaorang memang nak pergi Sheffield. Rindu sangat kat Kak Eicha, Qilot dan yang lain. last-last macam biasa, kitaorang berenam lagi yang muncul kat situ (Arah tak pergi masa ni). lagipon saya faham. malam sebelum tu kan Mnite. mesti semua dah penat. habis pulak dalam pukul 11 malam. saya tak kesah. sekurang-kurangnya oarang takkan kata TESL tak nak involve langsung. perginya saya bukan atas nama saya. kalau boleh macam saya cakapkan tadi, nak represent TESL as a whole dan adakah kalau orang lain tak nak pergi, so kitaorang pon kena amik keputusan untuk tak pergi?

berbalik pada isu Mnite tadi, untuk repay balik ketidakterlibatan kitaorang dengan aktiviti anjuran MSA, kitaorang involve dengan Warwick Games. kitaorang amik position yang memerlukan kitaorang sehari suntuk untuk tunggu kat situ iaitu dengan menjadi AJK Makanan. Penat jangan ditanya. kalau orang lain sedang bergembira di luar berjumpa sahabat-sahabat dari uni lain dan sebuk form their own group dari kolej persediaan yang sama, kitaorang tunggu dalam bangunan tu. serve food for people. tapi tak kesah. sebab nak menyumbang jugak untuk MSA. tak nak jadi fitnah untuk Islam sendiri kununnya orang ISOC ni selalu join ceramah-ceramah ja. kita nak buktikan kita tak sekular.

selain itu, saya nak jelaskan kat sini. kitaorang TESL ada 46 orang. so memang datang in a group. kalau kitaorang dipisah-pisahkan uni, mesti orang takkan cop kitaorang assobiah kan? saya tahu, kolej lain dihantar ke pelbagai uni dan korang memang mix dengan local. tapi saya nak tanya, kalau dalam sesuatu program, tetiba korang jumpa balik kawan-kawan dari kolej persediaan korang, korang mesti cam excited dan akan form a group kan? masa tu banyak benda nak sembang kan? itu yang saya observe masa saya pergi ke Notts Games. saya malas bercakap panjang. kesimpulannya, memang banyak puak saya tengok kat Notts Games hari tu.

pastu, banyak lagi program lain bersama TESL lain, kitaorang dikatakan tak join. Orang menilai dari gambar-gambar di FB. kitaorang dah janji sesama kitorang kalau boleh, jangan letakkan gmbr. kalau nak letak pon, kena customize. so certain people je boleh tengok. even kalau orang tag pon, saya akan remove tag. bukan nak kata saya ni alim ke apa. its just due to my privacy. so, tak banyak pon gambar kitaorang dengan budak TESL lain kat FB.

talk kat Uni pon boleh jadi isu. kononnya asyik nampak muka kitaorang je. Mana budak TESL lain? apa yang saya boleh jawab? saya speechless. soalan yang sama akan ditanya kalau pergi ke mana sahaja. alhmdulillah, Allah SWT mudahkan cuti easter hari tu untuk kitaorang bawa talk yang sepatutnya buat kat Uni ke Liberty Park. tinggi sangat harapan waktu tu untuk kawan-kawan TESL lain datang sekali. tak kesah pon kalau setiap kali talk, kitaorang yang kununnya BERTUJUH ni yang akan masak. sebab semangat nak ajak kawan-kawan lain datang dengar. penat seakan hilang bila nampak kawan-kawan lain turun join sekali. tak dak la nampak kami BERTUJUH sahaja.

then pasal tak mix dengan kawan-kawan dari kolej persediaan lain. saya puji usaha kak Alia untuk buat aktiviti muslimat sama-sama memandangkan kitaorang tak dok dalam kumpulan usrah yang sama. kitaorang involve dengan rounders, tengok movie dan sleepover. dari kelas terus ke rumah Kak Alia sebab takut bila dah balik accomodation, penat dan tertidur. best malam tu. dapat sembang ngan Iqa, Sarah, Pau, Mimi, Hana, JLO. kitaorang bukan tak ajak kawan-kawan lain. dah tag. dah cakap mulut. tah berapa anouncement saya buat kat FB. sampaikan ada yang cakap saya ni jenis tak segan langsung kat FB. perkataan-perkataan yang digunakan agak sengal.(saya tak macam kat IPOH dulu). saya perlu mengikut arus mad'u selagi tak bertentangan dengan syara'. takut kalau serius sangat, orang tak nak join. tapi last-last, macam biasa. kitaorang lagi. tapi tak pa. bersangka baik dengan kawan-kawan. diorang penat. baru habis kelas pulak. biarlah kami hadir selain untuk eratkan silaturrahim, tak nak TESL dicop lagi.

saya kalau boleh tak nak ungkit apa-apa yang kami dah buat. tapi perlunya clarification di sini kerana saya tak nak kisah kami "BERTUJUH" ni membuka peluang kepada syaitan untuk melaga-lagakan kita semua. saya tak nak kisah kami "BERTUJUH" ni menzalimi orang-orang yang terpaksa membuat assumption macam-macam terhadap kami. saya tak pernah salahkan diorang. tu mksudnya, kitaorang ni disayangilah kan? harapnya. Untuk next year, jangan risau. kitaorang tak duduk sekali. so dah jadi berempat dan bertiga. Moga sekurang-kurangnya dapat reducekan sikit la kisah kami "BERTUJUH" ni.

maaf sangat-sangat...ni la first time saya rasa diri saya sangat emo. saya ni jenis pendam. tapi saya dah tak boleh tahan. entry ni pon ditulis bertemankan air mata. saya sedeh. Astaqfirullah...Allah....ampunkan saya. ampunkan saya. ampunkan saya. mungkin ini juga teguran daripada Allah SWT untuk saya rapatkan lagi hubungan sesama manusia (Hablumminannas). terima kasih kepada yang menegur.

wallahualam.

4 comments:

303iamsleepy on May 19, 2010 at 7:42 AM said...

farahin. life is not to please people. but Allah. :)

vector on May 19, 2010 at 8:02 AM said...

farahin sayang...hmmm....jgn sedih...xnk la mu sedih2 camni...biarla orang nk kata apa...kita tahu apa kita buat...padahal, orang laen pon berpuak-puak gak..saje dorg tu...dorg jeles ngn kita sbb rapat..dorg xde geng serapat kita... (hehehehe) nk kembalikan mood mu...
mu kan comey,mane buleh sedih2...biar je lah..dok perlu layan benda xpenting... ok?
macam yg dikomen di atas, gembirakan Allah, buat kerana Allah..yang laen,xyah kesah la k..Allah tahu...

Fatin Ismail on May 19, 2010 at 9:17 AM said...

salam Farahin..

sayu akak baca en3 kamu ni..jgn la mcm ni.. orang nak cakap sampai sudah pun x habis.. kenapa? sebab mulut orang kita tak leh tutup. mulut tempayan je kita boleh tutup,dik :p

akk setuju ng Arah n iamsleepy..

awak tau kan akk x reti nak pujuk orang..huhhuuh..x tau nak ckp apa,cume,harapnya,kehadiran akak dlm hidup kamu boleh mjadikan hidup kamu lebih gembira..

dah la tu..bangun tidur nnti mesti senyum ye..senyum seindah suria :)

tau napa akk suka g warwick? sebab adanya kamu bertujuh. akk sayang korang semua. dan dapat rasa kasih sayang kamu bertujuh.. jumpa di FC,di POP Notts sambil naik Notts Eye,jalan2 kat London,g kursus kahwin sama2,masak nasi ayam dan makan makaroni bakar sama2..semua tu cukup buat akk sgt 100x gembira.

oleh itu,kekalkan kasih sayang antara kamu bertujuh. rugi la kalau sebab mulut orang,kamu nak berpecah ke,dah tak rapat ke apa..semata-mata,hanya nak puaskan hati orang lain..

dah la ye..jgn sedih2..cume,kalau orang ckp kene mingle tu,cuba la sedaya upaya utk tambah kawan2 lain (sama ada local atau bukan). kita mmg akan ade ramai kawan tapi,yg hanya selalu ng kita,yg kita ngam,hanya ada bbrapa je..bsyukurlah sebab kamu semua dkt2..orang lain,mungkin xde lngsung kawan yg dia ngam atau apa2 je lah..

pjg la pulak!..heheh...maaf salah silap ye

sayang kamu semua : Farahin,Arah (lupo nok wish bday kt Arah..sorry!..happy belated birthday,Arah),Aireen,Fizah,Aqilah,Erma n Su..

farahismail on May 20, 2010 at 4:52 AM said...

@fizah: THANKS =)

@arah: yup nyetttttttttku!

@kak paten: huhu..sayang akak gak =)

Post a Comment