assalamualaikum semua..
alhamdulillah baru pulang dari menghantar portfolio Culture and Citizenship sebentar tadi. Aku pulang sorang memandangkan yang lain ada kelas. seram jugak tunggu bas sorang-sorang depan Village Hotel tadi. Aku pujuk hati: kena tawakkal kat Allah SWT kerana Allah SWT lah sebaik-baik Pelindung. sepanjang dalam bas 12 tu, aku tak putus-putus memikirkan beberapa poster yang perlu disiapkan untuk program pre-departure WOW anjuran iluvislam.com khas untuk adik-adik yang bakal fly Sept-Okt ni. WOW tu stands for Wonderful Overseas Weekend. tergelak sendirian memikirkan first time nak buat 'main' poster untuk WOW ni. Kena reject dua kali jugak. T_T
1. First Poster
Agak blur mula-mula. Ni bukan poster main-main ni. Kena buat serius. Basically, idea asal macam nak grab the readers' attention. so konsep macam saspen sikit la kununnya. Untuk hasilkan poster ni, aku guna Photoscape. Then combine semua gambar (map-map tu).Bila tengok balik, aku pon takut nak pi. Dah macam nak ajak pi GIG..nauzubillah..huhu..ni antara komen yang aku dapat daripada Mr Expert, Mr Cha El-Nino:
"Usaha yang sungguh baik dan mantap. Pada hemat saya ianya sangat crowded dengan background yang nampak bercelaru.. Jangan sekali2 guna font berkaler merah, dan besarkan saiz font dan thickness nye..boleh guna bright colour tapi jangan merah.."
RESULT: reject! =)
2. Second Poster
so, bila dah faham yang konsep WOW perlu ceria-meria, aku pon siapkan poster kedua ni. Still guna Photoscape. sehari semalam aku buat. tak boleh nak tidor sebab asal bukak YG je, mesti soalan yang ditanya adalah: Poster dah siap? huhu. [tengok kat bendera lanun tu..hehe..]. tambah flare dengan noise sikit kat gambar asal. then, ni komen Mr Expert, Mr Cha El-Nino:
farahin, second poster tuh dah cantik dah, cuma kasi personal touch lebih sket lg..kasi umphh sket..biar kartun asal riang ria..
RESULT: reject lagi! =)
3. Third Poster
Allah! Mudahkanlah! Sabar Farahin! untuk buat poster ketiga ni, seperti yang dicadangkan oleh Saudara Firdaus, aku pon amik template poster yang lama dari saudara Ruzaini dan cepat-cepat download Adobe CS5 (LATEST EDITION NI..hehe) sebab aku punya Adobe CS4 dah expired tarikhnya. (Guna yang trial je..isk..isk). Then pukul 6.30 petang hari tu jugak aku dengan Fizah ke rumah Kak Alia untuk minta khidmat nasihat. Lapaq pulak tu. Singgah Torino, beli pizza dan makan kat bus stop. tengok timetable, bas untuk ke Hearsall Common lambat pulak nak sampai. so, apa lagi, guna shortcut la. Jalan kaki melalui taman perumahan yang ada. selepas diberi penerangan oleh Kak Alia tentang beberapa perkara, aku dengan fizah terus start kerja. Alhamdulillah, poster siap dalam pukul 12.45 pagi macam tu. End up tidor rumah Kak Alia. tapi aku puas. Penat berbaloi melihat komen-komen yang ada:
Faiz - SUKA!!!
Azri - WOW. Superb! Tahniah Farahin!
Fizah - Hebat. Clap3.
Daus - MashaAllah Good. Orang Perancis kata ''Oh la la....C'est super!!''
and last sekali tentulah menanti komen Mr Expert:
marvellous.. !!well done...
RESULT: accepted! =)
Alhamdulillah! Allah! Allah! Haza min fadhli Rabbi!
Pengajaran kisah di atas:
Pokoknya kat sini, (fuh, dah macam berforum) gagal sekali bukan bererti gagal selama-lamanya tau! Anda pernah gagal macam saya? jika pernah, sekarang anda masih gagal? jika tidak, adakah anda pasti bahawa anda tidak akan gagal lagi? [ala-ala promosi MLM T_T]. Jika setiap orang pernah gagal, adakah itu bererti tidak ada orang yang berjaya? tidak bukan. Tentunya kegagalan itu mempunyai peranannya tersendiri dalam proses seseorang melakar kejayaannya. Namun, adakah anda juga terfikir begitu?
Pokoknya, JANGAN PUTUS ASA WALAUPUN GAGAL. Itu menjadi syarat agar kegagalan itu menjadi bererti dan mempunyai impak yang besar dalam kehidupan seseorang. Tidak mustahil orang yang paling berjaya pada hari ini pernah menghadapi kegagalan yang paling teruk dalam hidupnya. Begitu juga tidak mustahil orang yang paling gagal pada hari ini pernah mengalami kejayaan yang gilang gemilang dalam hidupnya. Kejayaan dan kegagalan itu silih berganti. Jika kita memahami hakikat ini, kita tak akan kecewa jika gagal dan tidak terlalu bangga jika berjaya.
Setiap ujian yang datang sebenarnya mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Yakinlah bahwa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan. Firman Allah dalam surah Al-Insyirah ayat 1-8:
"Sesungguhnya setelah kesulitan itu pasti ada kemudahan"
Dalil yang lain:
“Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.” (At-Taubah: 129)
Sekarang anda putuskan. Anda ingin putus asa atau berjaya dengan bergaya? [ececece..dah macam pakar motivasi plak aku rasa..]
Wallahualam. =)
2 comments:
heh, nih kena masuk dlm kompilasi video nih..
alamak..macam mana MR EXPERT jumpa blog saya ni..huhu..malu dah la T_T
kompilasi video? apa maksud tuan? *LAMPI*
Post a Comment