assalamualaikum...salam satu ummah...
sebab sedeh sangat tadi, cadangnya nak tido jap. bukanlah nak lari dari masalah. harap dapat mimpi best contohnya dapat makan laksa Kuala Kedah ka, Radix Fried Chicken pon ok gak..tak pon mimpi balik Malaysia dan peluk mak =). mesti best. sekejap pon tak pa. bagi saya berbaloi supaya bila bangun dah boleh tersenyum =). So cepat-cepat saya letak kepala atas bantal yang saya beli kat 99p (memang bertuah sebab bantal tu limited edition punya..serius lepas tu dah tak dijual =)) dan menyusup dalam duvet. kalau tidor cepat sikit, kadar nak dapat mimpi banyak tinggi sikit (hipotesis yang bukan saja tak perlu dibuktikan, tak logik pon ada. heh.)
Tiba-tiba Skype kat lappy di hujung kepala berbunyi. Allah! Panggilan dari Malaysia. Allah! masa tu kegembiraan ni hanya Al-Khaliq yang tahu. saya baru ja cadang nak call famili sebelum tu tapi memandangkan kredit yang dah habis, so, terpaksa ditangguhkan dulu. tup-tup Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang bagi peluang tu kat saya. Allah! Dapat cakap dengan mak, ayah, mak chaq dengan pak chaq. adik dan kakak saya masih kat hostel. so tak dak sapa kat rumah. pelik betul ni. macam mana adikku yang sorang tu boleh balas komen kat FB. haih. misteri-misteri.
Allah...sayu terasa bila dengaq suara mak tadi. rasa nak suruh masa berhenti supaya dapat cakap lebeh lama T_T
mak tanya ok ke tak?. Allah...ampunkan aku. adakah kesedihan aku sebentar tadi mengundang kegelisahan di hati mak. Ya Allah, kalau boleh tak nak buat mak rasa tak sedap hati. orang cakap mungkin sebab naluri ibu. wallahualam. saya tak tau sangat. Seandainya betul, bersalah pulak rasanya pada mak T_T. Then lepas sembang dengan famili, rasa lega sikit. Allah, besarnya rahmatMu! Allah! Allah! Kadang-kadang kita lupa pada satu doa yang sebenarnya setiap hari kita baca dalam Mathurat. Just nak share and ubat hati.
dan saya nak meminta maaf sekiranya post sebelum ni agak emo. saya benci diri saya yang menitiskan air mata. dah lama saya tak menangis sebab benda-benda macam ni. dan saya memang tak suka menangis. Farahin tak boleh sedeh. Farahin kena kuat. Farahin jangan manjakan diri sangat! Orang cuit sikit dah terasa. Ya Allah berikanlah kekuatan! terima kasih kepada sahabat-sahabat yang meninggalkan mesej di YM dan post tadi. korang jangan risau ye. sekejap je. insyaAllah jap ag elok la. dan saya tahu, orang menegur tandanya sayang. dan terima kasih kerana menyayangi kami semua, "GENG BERTUJUH"....hehe =).
p/s: sebenarnya KAMI GENG BERLAPAN...so buat apa nak terasa lebeh-lebeh..chill suda =)
wallahualam.
2 comments:
yey! alhamdulillah! da oke ponnn TIK saya..hehee
alhmdulillah! NYETTTTTTTTTTTTTTTkuuuuu. =)
Post a Comment